-->

Makan Nasi Dengan Cili Selama 5 Tahun (3 Gambar)



Seorang gadis berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Wu Huayan telah meninggal dunia di sebuah hospital di Guizhou akibat kekurangan zat makanan dalam badan.


Kisah mengenai Wu Huayan sebelum ini sangat popular di media masa. Iaitu mengisahkan seorang gadis yang telah kehilangan ibubapa dan sanggup berkorban demi membiayai perubatan adiknya. 

Pengorbadan Wu Huayan ini dengan hanya makan nasi bersama cili setiap hari selama lima tahun. Dan mengakibatkan tubuh badannya susut serta menghidap pelbagai masalah kesihatan.


Berat badan Wu Huayan ketika itu hanya 21.4 kg dan tingginya pula 1.35 meter. Disebabkan kekurangan zat makanan kakinya mulai membengkak dan membuatkan dirinya mudah berasa letih.

Setelah dipaksa oleh rakannya untuk menjalani pemeriksan kesihatn di hospital. Wu Huayan didapati menghidap penyakit jantung dan dia perlu menjalani pembedahan kerana tiga daripada empat injap jantungnya tidak berfungsi dengan baik.



Walaupun kutipan derma telah melebihi angka yang diperlukan, namun dia masih tidak dapat menjalani pembedahan itu kerana kekurangan berat badan.- sumber

1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda