-->

(11 Gambar) Ini Sebenarnya Area 51


Gambar sebenar Area 51 ini telah diambil oleh seorang juruterbang yang tinggal di kawasan Pangkalan Tentera Udara Edwards di selatan California. Beliau berjaya terbang di Area 51, kerana beliau berkerja sebagai ATC (Air Traffic Controller).


Juruterbang ini dikenali sebagai Gabriel Zeifman, beliau mulai belajar menerbangkan kapal terbang sejak berusia 11 tahun. Zeifman memiliki lesan juruterbang swasta dan komersial, serta memiliki kapal terbang jenis Cessna 150. (Cessna 150 adalah pesawat udara umum yang mempunyai dua roda yang direka bentuk untuk latihan penerbangan dan penggunaan peribadi)

Berbalik mengenai Area 51, apa Area 51? Area 51 adalah merujuk kepada lokasi pada peta dan nama pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat. Pangkalan ini terletak di Lake Groom, sebuah tasik kering di Nevada, kira-kira 135 kilometer di utara Las Vegas.

Area 51 ini dibangun sebagai kemudahan untuk menguji dan mengembangkan pesawat, termasuk U-2 dan SR-71 Blackbird. Menurut seorang wartawan penyiasat Amerika yang telah menulis mengenai sejarah Kawasan 51 iaitu Annie Jacobsen, mengatakan kepada BBC bahawa beberapa program pengintipan paling canggih di dunia berada di lokasi tersebut.

"Kawasan 51 adalah kemudahan ujian dan latihan. Penyelidikan dimulai dengan pesawat  U-2 pada tahun 1950-an dan sekarang telah beralih ke drone," katanya.-sumber

Apa yang menariknya Area 51 ini? 

Area 51 terlalu banyak rahsia yang disembunyikan dari orang awam.  Menyebabkan timbulnya teori konspirasi mengenai Area 51, antara teori konspirasi yang terkenal adalah di pangkalan ini terdapat kapal angkasa dan makhluk asing yang dijadikan sebagai juruterbang, dan memyebabkan pesawat itu terhempas di Roswell, State of New Mexico, pada tahun 1947.

Selain itu, terdapat beberapa orang melihat UFO di kawasan 51. Dan ada yang mengaku telah diculik oleh makhluk asing, bahkan menjadi objek eksperimen, sebelum dikembalikan ke Bumi.

Gambar di bawah adalah gambar sebenar area 51, hasil dari jurugambar Gabriel Zeifman. Ada yang nampak mencurigakan?












Add caption


sumber


2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda