-->

(11 Gambar) Habis Semua Barangan Kulit Berkulat


Ramai peniaga yang terkesan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanankan pada 18 Mac 2020 yang lalu. Antara peniaga yang mendapat kesan ialah Nex Nezeum seorang penaiga dari Sabah.

Tengok harga beg ini, RM679. 

Baru-baru ini beliau telah berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan perubahan terhadap produk barangan kulit yang dijual di sebuah pusat membeli belah yang terletak di Sabah.
Menurut Nex Nezeum dilaman facebook beliau, selama 2 bulan tidak beroperasi, menyebabkan produk barangan kulit seperti kasut, beg, tali pinggang dan kerusi telah ditumbuhi kulat.-sumber

Gambar di bawah adalah hasil perkongsian Nex Nezeum di laman facebook beliau. 














Menurut rakan facebook Nex Nezeum, kemungkinan produk barangan kulit ini boleh berkulat disebabkan penutupan penyaman udara selama 2 bulan di pusat membeli belah tersebut.

Untuk pengetahuan anda, kulat sebenarnya sangat suka dengan barangan kulit yang disimpan dalam tempat gelap dan lembap. Jadi cara untuk cuci barangan kulit yang kotor adalah seperti berikut :

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Leather Cleaner 
  2. Kain yang lembut, boleh juga guna kain lap cermin mata

atau

  1. Sabun mandian jenis cecair 
  2. Kain lap cermin mata atau kain lembut.


Cara mencuci barangan kulit :


  1. Sapukan leather cleaning pada barang produk kulit tersebut dan biarkan ia selama 2 minit.
  2. Gosok dengan lembut sehingga hilang kotoran.

atau

  1. Campurkan sedikit sabun pencuci pakaian dengan semangkuk air suam. 
  2. Celupkan kain yang bersih ke dalamnya, perah hingga tiada air yang menitik. 
  3. Gosok perlahan-lahan di permukaan luar produk kulit tersebut. 
  4. Bilas dengan kain sehingga ia bebas dari bahan pencuci dengan mencucinya dengan air yang bersih. 
  5. Lap sisa-sisa sabun pada handbag dan pastikan permukaan barang produk kulit tersebut benar-benar kering dan bersih.-sumber





Klik Untuk Post Terkini

3 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda