-->

Kisah Inspirasi : Anak Patung Khas Untuk Kanak-kanak OKU

Kisah inspirasi kali ini mengisahkan seorang wanita yang dikenali sebagai Amy Jandrisevits. Beliau telah mencipta anak patung khas untuk golongan kanak-kanak yang kurang upaya.



Amy Jandrisevits yang tinggal di kawasan Wisconsin, Amerika Syarikat memiliki perniagaan kecil-kecilan, tetapi disebabkan niat murni beliau, Amy Jandrisevits mulai dikenali di seluruh dunia.

Amy Jandrisevits telah mencipta beberapa anak patung khas untuk golongan kurang upaya, bagi membantu golongan ini agar tidak merasakan yang diri mereka tersisi dari masyarakat. Ciptaan anak patung khas ini kelihatan seperti pemiliknya, sekirannya pemiliknya memiliki kekurangan, maka anak patung tersebut juga memilik kekurang seperti pemiliknya.



Ini kerana, banyak pengeluar anak patung diluar sana mempunyai bentuk paras rupa yang sangat sempurna seperti muka yang comel, memiliki kaki, tangan, hidung dan sebagainya. Namun hakikatnya di dunia reality manusia tidak semua sempurna.
Menurut Amy dalam projeknya di GoFundMe, saya selalu bercakap mengenai perubahan, changing WHO we see and HOW we see them. Saya percaya bahawa kita bukan sahaja saling berhubung, tetapi kita juga mempunyai kewajiban untuk menjaga orang yang berada disekeliling kita dan kita juga perlu bertanggungjawab bagi memastikan setiap orang mendapat hak yang sama rata.-sumber


GoFundMe ialah sebuah laman sesawang, mengumpul wang sumbangan bagi membantu pada mereka yang memerlukan seperti bencana, kemalangan atau penyakit. Menurut laporan dari tahun 2010 hingga awal tahun 2020, lebih dari $ 9 bilion telah dikumpulkan di lama sesawang ini.-sumber

Maka dengan itu, Amy Jandrisevits telah membuat projeknya di laman instagram yang dikenali sebagai "A Doll Like Me". Sekirannya anda ingin mengikut perkembangan Amy Jandrisevits sila ikuti beliau di lama instagram @a_doll_like_me.

Gambar di bawah adalah anak patung yang dibuat oleh Amy Jandrisevits untuk golongan kanak-kanak yang kurang upaya.

















.
Klik Untuk Post Terkini

1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda