-->

Gambar Covid 19 Kartun Yang Menarik


Gambar wabak covid 19 yang berbentuk kartun ini dibuat khas kepada adik-adik untuk mempelajari sedikit sebanyak mengenai wabak covid 19. 

Sumber

Covid 19 dikenali sebagai Corona Virus, Corona Virus ini adalah  sebuah keluarga virus yang besar. Kenapa dinamakan sedemikian? Ini kerana rupa bentuk Corona Virus ini seakan-akan bebola dengan bonggolan yang menyerupai mahkota (corona adalah perkataan Bahasa Latin yang bermaksud mahkota). Kenapa 19 ? ini kerana, wabak covid 19 baru diketahui pada tahun 2019 di negara China.

Bagaimana Virus Ini Tersebar?

Virus ini tersebar melalui titisan yang terhasil apabila orang yang dijangkiti batuk, bersin atau menghembuskan nafas. Titisan ini terlalu berat untuk terapung di udara dan akan segera jatuh ke atas lantai atau permukaan. Anda boleh dijangkiti dengan menyedut virus tersebut jika anda berada berhampiran dengan orang yang dijangkiti COVID-19 atau dengan menyentuh permukaan yang tercemar, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

Sumber

5 Cara Elak Covid 19 Dengan Mudah

1. Amalkan penjarakan sosial
2. Elak kawasan tumpuan ramai
3. Guna topeng mulut dan hidung apabila keluar
4. Jaga kebersihan diri. Guna cecair nyahkuman dan basuh tangan        gunakan sabun
5. Jika demam, selesema atau batuk, segera jumpa doktor.

Itu adalah sedikit sebanyak mengenai covid 19, berbalik dengan gambar covid 19 kartun. Di bawah ini, terdapat 16 gambar covid 19 kartun yang menarik untuk anda. 

Cancel

Terima Kasih atas comment anda