-->

Disebalik Lukisan Oleh Marco Melgrat (11 Gambar)

Lukisan ini dihasilkan oleh seorang artis seni yang dikenali sebagai Marco Melgrati. Apa yang menariknya lukisan ini adalah isi tersirat yang disampaikan oleh Marco mengenai pandangannya dengan apa yang berlaku di dunia kita pada hari ini. 

Seperti lukisan di bawah ini, seorang gadis melukis wajahnya di laman instagram dengan senyuman yang manis, tetapi disebaliknya tidak. 

Itulah umpama kehidupan di laman media sosial, kadang-kala ada yang sanggup berpurah-purah gembira, padahal disebalik hati kecilnya, dia sangat sedih akan kehidupannya.


Marco Melgrati dilahirkan pada tahun 1984 di Milan Itali, graduated di Santa Giulia School of fine arts pada tahun 2006. Marco Melgrati juga dikenali sebagai artis seni bebas pada tahun 2008 sehingga kini, ini kerana lukisan Marco sangat unik dan independent.


Marco Melgrati juga mengambil tawaran sekirannya ada yang berminat dengan lukisannya, menurut Marco kebanyakkan pelanggannya berasal dari Amerika Syarikat dan Eropah.  Marco juga tidak menyangka karya seninya kian popular di laman instagram, lebih dari 300 ribu pengikut yang mengikuti perkembangannya.-sumber


Gambar di bawah ini adalah hasil lukisan Marco Melgrati di laman instagramnya. Terdapat lebih 200 gambar yang telah dimuat naik oleh Marco. Sekiranya anda berminat dengan lukisannya Marco silai ikuti perkembangan Marco di laman instagramnya @m_melgrati.


Mungkin Anda Berminat : 15 Gambar Yang Menarik Oleh Pelukis Terkenal Tango


1. Disebalik Lukisan Oleh Marco Melgrat


Kita perlukan ubat untuk meneruskan hidup, sebab itulah kita disuruh sentiasa menyimpan wang untuk masa depna kita. Terutamanya bila kita semakin tua, oleh itu mulai sekarang jagalah kesihatan kita sebelum terlambat.



2.  Disebalik Lukisan Oleh Marco Melgrat

Dikaca tv kita lihat mereka gembira, cinta menyentai antara satu sama yang lain. Tetapi hakikatnya ada diantara mereka yang kecewa dan hidup dengan penuh ketakutan. 



3.  Disebalik Lukisan Oleh Marco Melgrat


Berhati-hati bila menulis artikel di media sosial, kerana ada yang sedang memerhatikan gerak geri anda. Jangan kerana sebuah artikel anda disumbat dalam penjara. Berjaga-jaga bila menulis....


 4. Disebalik Lukisan Oleh Marco Melgrat


Lukisan ini adalah berkaitan dengan politik. Kenapa duit itu dijadikan tangga?  kerana semua benda perlukan duit, berjaga-jaga kepada mereka yang mengamalkan politik wang.....


5.   Disebalik Lukisan Oleh Marco Melgrat


Ini yang berlaku pada zaman kita sekarang, tidak semestinya anda berjaya di Universiti, anda akan berjaya di luar sana. Lukisan khas untuk mereka yang graduated.


6.  Disebalik Lukisan Oleh Marco Melgrat


Tulisan yang baik, akan membawa kebaikkan berpanjangan, benda yang baik, akan beri mafaat pada masyarakat kini dan selamanya.


7. Disebalik Lukisan Oleh Marco Melgrat


Berhati-hati, zaman sekarang, wanita semakin ramai daripada lelaki. Jangan ingat lelaki saja yang mudah menjadi buaya darat. Padahal wanita juga semakin hari semakin menjadi-jadi..

Ini adalah haiwan Mentadak, untuk pengetahuan anda, apabila mentadak mentadu siap mengawan, mentadak betina akan membunuh pasangannya untuk dijadikan sebagai makanan. Perkara ini dilakukan agar mentadak betina mempunyai sumber protein yang mencukupi dalam mengasilkan telur yang sihat.



8. Disebalik Lukisan Oleh Marco Melgrat


Kita lihat peperangan berada jauh dari tempat kita, tapi jika kita biarkan, ianya akan memberi kesan terhadap ekonomi negara kita akan datang. Seperti mana wabak covid 19, ketika itu ia berlaku di negara China, negara kita tidak mengambil langkah awal untu berjaga-jaga. Akhirnya kita juga menerima kesannya.....sila ambil peduli.


9. Disebalik Lukisan Oleh Marco Melgrat

Ketagih dengan smartphone akan merosakkan diri kita sendiri. Tengok sekeliling anda, terutamanya remaja, hidup mereka 24 jam bersama smarphone. Sekirannya mereka ini tidak dikawal oleh ibubapa,  mereka akan rosak, kerana baik buruk semua ada dihujung jari mereka. Kepada ibubapa, anda perlu menjadi contoh kepada anak anda. Pendidikan bermula dari rumah. 




10. Disebalik Lukisan Oleh Marco Melgrat'


Bukan semua benda orang mudah faham, seperti lukisan di bawah ini. Raja bersama isterinya cuba  mengambarkan keadilan mereka untuk rakyat. Tetapi menjadi salah erti kepada si tukang ukir, ibarat raja tidak berkuasa, isterinya pula memerintah dengan menutup mata. 


Cancel

Terima Kasih atas comment anda