-->

Lukisan Terkecil Dihasilkan Oleh Sushmit Kishore (13 Gambar)


Lukisan terkecil ini dihasilkan oleh seorang artis seni muda yang berasal dari negara India.  Lukisan wajah atau potret yang berukuran sangat kecil iaitu 5mm lebar dan 6mm panjang. Dan untuk menghasilkan lukisan terkecil ini, seseorang itu memerlukan penelitian yang tajam dan baik. 


Pemuda ini dikenali sebagai Sushmit Kishore, Sushmit kini tinggal di kawasan New Delhi, India. Menurut Sushmit, dia mulai berjinak-jinak dalam bidang melukis ini pada usia 3 tahun tanpa pengajar. Lama-kelamaan hasil lukisannya semakin hari semakin baik.  Dorongan untuk melukis menurut Sushmit bermula dengan keluarga sendiri dan kemudian rakan-rakan. Dorongan mereka ini sangat penting dalam memberi semangat dan motivasi untuk meneruskan pekara yang kita minati.


Selain itu juga inspirasi untuk melukis datang dari muzik yang dia dengar dan artis yang dia lihat. Ini kerana setiap perkara yang kita lihat dan dengar akan mempengaruhi kita untuk melakukan sesuatu yang menarik. 


Melukis juga menjadi satu jalan keluar untuk meluahkan perasaan anda terhadap sesuatu, menurut Sushmit.  Dan kini, dia sedang berusaha membuat kelainan dengan cara, menghasilkan lukisan yang luar biasa dan berbeza dari yang lain.-sumber


Nampaknya Sushmit kini sudah berjaya, menghasilkan lukisan yang sangat kecil ini. Anda mungkin tidak percaya dengan apa yang anda lihat, jangan risau di akhir post ini terdapat video cara bagaimana menghasilkan lukisan yang terkecil ini oleh Sushmit Kishore sendiri.


Gambar di bawah adalah hasil lukisan potret artis bollywood oleh Sushmit Kishore. Anda boleh dapati pelbagai gambar lukisan yang menarik di laman instagram beliau, yang dikenali sebagai @sushmitkishore. Untuk menghasilkan lukisan terkecil ini, menurut Sushmit, dia memerlukan lebih 8 jam untuk menyiapkannya.



1. Lukisan Terkecil Artis  Sushant Singh Rajput


Sushant Singh Rajput ialah seorang pelakon filem, penari, personaliti televisyen dan seorang usahawan,dermawan yang terkenal di negara India. Namun dia telah meninggal dunia (bunvh diri) pada 14 Jun 2020, Bandra West, Mumbai, India.





2. Lukisan Terkecil Artis  Vidyut Jammwal

Vidyut Jammwal adalah seorang pelakon India, seniman bela diri, dan pemain aksi, yang kebanyakannya bekerja dalam filem Hindi. 





3. Lukisan Terkecil Artis    Aishwarya Rai Bachchan

Aishwarya Rai Bachchan ialah seorang pelakon wanita India dan pemenang pertandingan kecantikan Miss World 1994. Melalui kerjaya lakonannya beliau telah menjadi salah seorang selebriti yang paling popular dan berpengaruh di India.





4. Lukisan Terkecil Artis  Ali Fazal

Ali Fazal ialah seorang pelakon dan model India. Beliau membuat penampilan skrin pertamanya nya dengan peranan kecil dalam filem Bahasa Inggeris The End of the Line sebelum muncul dalam mini siri Amerika, Bollywood Hero.




5. Lukisan Terkecil  Artis  Johnny Lever

Johnny Lever ialah seorang pelakon filem India dan salah seorang pelawak yang paling diberi perhatian dalam pembuatan filem di Hindi. Lever juga salah seorang pelawak utama di India.




6. Lukisan Terkecil  Artis Marshall Bruce Mathers III Atau Eminem

Marshall Bruce Mathers III, atau lebih dikenali dengan nama samarannya, Eminem. Eminem adalah merupakan seorang penyanyi rap, penerbit rakaman, penulis lirik dan pelakon Amerika Syarikat.





Cancel

Terima Kasih atas comment anda