-->

Photoshop Yang Menarik Dan Lucu


Gambar ini adalah gambar yang telah diubah suai dengan menggunakan photoshop bagi menarik minat pada mereka yang sangat suka dengan kelainan. Beliau dikenali sebagai Mai Xuan Huy, seorang lelaki Vietnam yang mahir dalam bidang Photoshop. 



Mai Xuan Huy mempunyai pengalama dalam bidang photoshop lebih dari 8 tahun. Dan kini Mai Xuan Huy berkerja sebagai Pentadbir Photoshop Group Yes Tam & Troller. Mungkin namanya kurang popular berbanding gelaran yang dikenali ramai di media sosial Vietnam(facebook)  iaitu Huy Quan Hoa.

Apa yang menariknya teknik photoshop Huy Quan Hoa, adalah cara mengedit gambar yang sangat teliti, dari segi konteks gambar, bayang-bayang, tangan, kaki, latak belakang dan cahaya gambar tersebut. Kita lihat gambar sebelum dan selepas edit, nampak, sangat teliti hingga tidak kelihatan gambar tersebut telah diedit.

Walaupun Huy Quan Hoa sangat mahir dalam bidang photoshop, beliau juga tidak lupa pada mereka yang ingat belajar menggubah gambar menggunakan photoshop. Dengan itu, beliau membuka peluang kepada mereka yang ingat belajar mengubah gambar, dengan mengikuti kelas pembelajaran beliau di laman sosial unica.vn



Gambar di bawah adalah hasil photoshop Huy Quan Hoa di facebook beliau. Terdapat lebih 160 ribu yang mengikut perkembangan beliau di facebook, dan bilangan ini semakin hari semakin bertambah. Terdapat juga video yang melucukkan oleh Huy Quan Hoa, sekirannya anda berminat, sila layari laman facebook beliau.



 













2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda