-->

Kisah Inspirasi Rumah Pelik Dr. Seuss (7 Gambar)


Kisah inspirasi ini adalah mengenai sebuah rumah yang pelik, dikenali sebagai "Dr Seuss House" yang terletak di kawasan Willow, Alaska. Rumah Dr Seuss juga menjadi salah satu keajaiban seni bina di Amerika Syarikat, lihat gambar di bawah ini, keunikan rumah Dr Seuss.


Sumber gambar


Pemilik asal rumah ini telah membinanya lebih dari 10 tahun sebelum dia meninggal dunia. Kemudiaan rumah ini ditinggalkan selama 10 tahun tanpa pemilik, sehinggalah pemilik baru membeli rumah tersebut dan mengubahsuai terutamanya kayu yang telah usang.


Apa yang menariknya kisha inspirasi rumah Dr. Seuss adalah, pada awalnya pemilik rumah ini membina rumahnya untuk bertujuan melihat pemandangan di kawasan Alaska terutamanya pergunungan (Gunung) Denali. Kebetulan dia membina rumah ini, setelah berlakunya kebakaran hutan,  maka pokok-pokok yang berada di kawasan tersebut telah pun musnah. Dengan ini memudahkan lagi dia (pemilik) melihat dengan jelas pemandangan pergunungan Denali.




Setelah beberapa tahun, pokok yang berada di kawasan rumah tersebut semakin hari semakin meninggi, maka pemilik menambahkan lagi ketinggian rumahnya agar tidak ada lagi yang menghalang untuk dia melihat pemandangan gunung tersebut.  


Menarik bukan, di bawah ini adalah gambar keadaan di rumah Dr Seuss House. Bagaimana pula keadaan dalam rumah Dr Seuss? jangan risau, di akhir post ini terdapat video yang menunjukkan keadaan dalam rumah Dr Seuss House.


Mungkin Anda Berminat : Kisah Disebalik Lukisan Yusof Ghani Bernilai RM 1 Juta



Sumber gambar

Sumber Gambar

Sumber Gambar







1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda