-->

Komik Kehidupan Suami Isteri Yang Menarik (9 Gambar)

 

Ini adalah komik mengenai kehidupan suami isteri yang menarik untuk anda ikuti perkembangannya. Siapa dia ini? Beliau adalah Yehuda seorang pereka grafik dan ilustrator dari Tel Aviv, Jerusalem. Anda boleh mengikutinya di lama instagram beliau dikenali sebagai @jude_devir


Apa yang menariknya ialah komik Yehuda ini, adalah mengenai kisah kehidupan mereka sendiri iaitu Yehuda (suami) dan isterinya Maya. Apa saja yang mereka alamai, Yehuda akan cuba melukisnya secara ringkas dan menarik. seperti mana gambar di bawah ini....



Bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata, pasti anda akan mengalami seperti gambar ini. Bila anak mulai tidur, kalau boleh segala-galanya kena "MUTE", bukan apa, kerana sayangnya kita pada anak, kita tak nak anak kita diganggu semasa ditidur. Lagi pun, masa ini lah ibubapa nak rehat, penat menjaga anak satu hari.


Untuk pengetahuan anda, bayi yang berusia kurang dari 6 bulan memerlukan tidur selama 16 jam sehari.Dan apabila umur anak anda bertambah, maka tempoh tidur pun semakin berkurang, kerana si kecil sudah pandai bermain dan aktif setiap hari. Horman aktif atau mulai berkerja pada masa tidur, termasuklah pertumbuhan otak dan tumbesaran mereka.


Mungkin Anda Berminat : Komik Lawak 18 Ke Atas (20 Gambar)




Kadang kala, bila seorang lelaki mempunyai anak pertama, dia sangat suka melihat gelagat si anak bersama ibunya seperti bermain dan bergurau senda. Ini kerana si suami akan merasa bahagia, bila isteri gembir bersama anaknya.

Cerita pasal bergurau senda bersama anak, para ibubapa perlu ingat terutamanya ibu-ibu yang kerap mencium anak. Cium anak tak salah, sebab ciuman itu penting bagi menimbulkan rasa kasih sayang antara ibubapa dan anak. Namun begitu ibubapa perlu tahu adab memberi ciuman kepada anak-anak mereka, terutamanya memberi ciuman pada mulut anak. 

Di bawah ini adalah bahagian ciuman pada anak yang patut ibubapa tahu :

1. Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita. contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.

2. Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

3. Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.

4. Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.-sumber



Tentu ramai ibubapa merasa keadaan seperti ini, bila anak bermain dengan makanan. Sangat mencabar, sampai rambutnya pun terkena makanan. Kasian ibubapa tau, tapi sebenarnya ada baiknya anak bermain dengan makanan. Rasa pelik pula kan, untuk pengetahuan anda Prof. Charles Spence, ahli psikologi dari Universiti Oxford, mengatakan bahawa bermain dengan makanan dapat mengelakkan kanak-kanak dari fobia makanan (takut makanan tertentu).

Menurut penyelidikan yang dilakukan, ketika anak-anak bermain dengan makanan mereka, anak-anak mulai melihat, menyentuh dan mencium apa yang mereka makan. Ini dapat meningkatkan peluang nak-anak menyukai makanan tertentu, walaupun anak itu langsung tidak memakannya. Dengan cara ini  anak-kanak dapat mengelakkan fobia makanan tertentu.

Selain itu,bila anak bermain denan makanan ia boleh meningkatkan lagi Kemahiran bahasa dan mengira. Contohnya, para ibubapa boleh memperkenalkan beberapa jenis makanan di pinggan anak anda atau pun cuba mengiranya.





Bergaduh adalah perkara biasa dalam rumahtangga, tipulah jika ada pasangan yang tidak pernah bergaduh sepanjang perkahiwnan mereka. Biasanya pergaduhan antara sumai isteri ini disebabkan perasaan yang tidak puas hati atau apabila salah seorang sedang memendam rasa yang terlalu lama.

Jadi cara mengatasinya? terpeluang pada diri masing-masing kerana anda sendiri kenal diri anda dan pasangan anda. Yang paling penting jangan bergaduh dihadapan anak-anak. Bimbang ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada mereka. 



Kebanyakan ibu dan ayah pada zaman sekarang sangat gemar berkongsi gambar anak mereka di media sosial. Amalan ini dikenali sebagai " sharenting ".Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai masalah yang berkaitan dengan perkara ini. Contohnya gambar anak anda mungkin dicuri dan disimpan oleh pedofil atau pemangsa dalam talian . Di samping itu, gambar anak anda juga boleh dicuri dan diedit oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan peribadi.

Maka para ibu bapa, anda perlu sentiasa berhati-hati dan memikirkan setiap kemungkinan yang mungkin berlaku sebelum memuat naik gambar anak anda ke media sosial.



Gambar ini membuat ibubapa senyum dan letih, sebab anak kecil biasanya tidak mahu bersendirian. Inilah salah satu cabaran para ibubapa untuk menjadi ibubapa yang penyabar dengan apa jua keadaan sekali pun. Kerana kesabaran yang tinggi sahaja membolehkan ibu bapa menangani setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan anak-anak.



Ini juga salah satu cabaran pada ibubapa, najis anak anda perlu anda sabar menghadapinya. Mula-mula memang tak tahan, tapi lama-lama bau itu menjadi kebiasaan. Bau tetap bau, tapi taklah seteruk mula-mula dulu. Biasakan diri anda menghadapinya, beranikan diri untuk cuci najis anak anda. 

Anggap segala karenah anak anda adalah ujian dari Tuhan untuk hambanya. Allah pasti membalas segala kesabaran kita semasa proses membesarkan anak. Setiap ujian pasti dibalas dengan baik apabila ibu bapa mampu bersabar.



Macam mana dia buat tu? Anak terpegun bila melihat TV atau smartphone. Kenapa? kerana benda ini penuh dengan warna warni, itu sebablah anak anda suka. Sebenarnya, kebanyakan ibu bapa yang memberikan benda ini kepada anak-anak mereka adalah kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka merengek atau menangis, betul kan.





Bukan mudah untuk memotong kuku anak, terutamanya yang berusia 3 tahun ke bawah. Sebenarnya ada cara terbaik untuk memotong kuku anak anda antaranya :


1. Gunakan alat pemotong kuku bayi

Gunakan alat pemotong kuku bayi yang lebih kecil dan bentuknya bulat, sesuai untuk si anak anda.


2. Potong kuku bayi di tempat yang terang

Jangan menganggap perkara ini sesuatu yang remeh dan dapat dilakukan dengan mudah. Sila sikit buruk padanya.


3. Potong kuku bayi semasa dia tidur

Sekiranya anak anda masih bayi, anda boleh memotong kuku mereka secara diam-diam ketika mereka tidur.Tetapi ingat pastikan anda memasang lampu di bilik terlebih dahulu sebelum melakukannya.


4. Potong kuku bayi selepas dia mandi

Kuku bayi sama dengan kuku individu dewasa iaitu keras dan tajam. Untuk memudahkan proses pemotongan, anda boleh memotong kuku anak anda selepas dia mandi. Ini kerana kuku bayi akan menjadi lembut setelah terkena air.

Cancel

Terima Kasih atas comment anda