-->

Lukisan Menarik Oleh Joca Tentang Isu Semasa (7 Gambar)

Lukisan menarik kali ini dihasilkan oleh seorang artis seni tempatan yang dikenali sebagai Joca. Lukisan yang dihasilkan oleh beliau adalah lukisan yang berkaitan dengan isu semasa yang berlaku di negara kita, seperti gambar di bawah ini...




Isu mengenai Veveonah Mosibin , seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah dari Pitas, Sabah telah trending pada Jun lalu, susulan Veveonah memuat naik videonya yang terpaksa memanjat pokok di kampungnya semata-mata untuk mendapatkan line internet yang baik bagi menjalani peperiksaan yang beliau hadapai.


Siapa Joca? Nama sebenar beliau adalah Johnny Ong Chin Aun, seorang introvert kreatif  yang inginkan kebebasaan untuk mengkritik pihak berkuasa tanpa rasa takut atau pilih kasih. Berpegang pada  "Hidup dengan sederhana dan penuh belas kasihan".


Joca mempunyai pengalaman luas yang lebih 30 tahun penglibatan beliau dalam bidang periklanan dan komunikasi, 2D dan 3D animasi produkis, editor kartunis dan seni visual. Beliau juga mempunyai pendidikan dari Malaysia Institut of Art dalam jurusan Pereka Grafik dan seni Komersial. Bukan calang-calang orang tau.


Selain itu, Joca juga telah menghasilkan 3 buah buku kartun satora politik iaitu 1Toon Malaysia, Umno-nomics dan Rob n Roll. Beliau juga pernah mendapat anugerah oleh Malay Mail lat Cartoonist Award. Hebat bukan!-sumber


Gambar di bawah ini adalah hasil lukisan Joca mengenai isu-isu semasa. Sekirannya anda berminat dengan lukisan kartun beliau, anda boleh ikuti perkembang Joca di laman instagram beliau dikenali sebagai @joca_art2020


Mungkin Anda Berminat Dengan : 10 Lukisan Karikatur Oleh Pemandu Lori


1. Lukisan Menarik Oleh Joca





Ini adalah gambaran mengenai kredibiliti akhbar dikompromikan secara serius dan berita penyiasatan terutamanya kritikan terhadap kerajaan yang tidak digalakan di Malaysia. Kemarahan pemerintah yang paling baru adalah Al Jazeera yang menghasilkan segmen video, yang membincangkan perlakuan pekerja asing terhadap Malaysia semasa pandemik Covid 19.


2. Lukisan Menarik Oleh Joca




Ini adalah gambaran penapisan pemerintah dan propaganda oleh medoa arus perdana yang dikenalikan seperti salah guna kuasa Parlimen dan SOP menteri. Ia dapat dilihat sebagai pemerintah yang ingin mengawal apa yang orang dengar dan lihat.


3. Lukisan Menarik Oleh Joca




Gambaran mengenai gangguan air terutamanya di negeri Selangor, untuk pengetahuan anda, di negeri Selangor kadar kekerapan terputus bekalan air adalah yang tertinggi di Malaysia. Mengikut laporan Persatuan Air Malaysia yang terkini, 259,000 laporan (62 peratus) daripada 419,000 kejadian terputus bekalan air di Malaysia berlaku di negeri Selangor.


4. Lukisan Menarik Oleh Joca




Gambaran mengenai isu melompat parti dan percubaan untuk menukar kerajaan bukanlah fenomena baru dalam politik di Malaysia. Seperti negeri Sabah, Johor, Melaka, Perak dan Kedah menjadi salah satu contoh mengenai isu lompat parti ini. 


5. Lukisan Menarik Oleh Joca



Gambaran mengenai isu Datuk Seri Najib Razak yang telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).


6. Lukisan Menarik Oleh Joca





Gambaran antara dua Darjat adalah mengenai ketidakadilan menjatukan hukuman kepada rakyat Malaysia. Kita tahu isu ini sangat hangat diperkatakan akibat daripada pihak tertentu yang tidak menjalani kuarantin di rumah. Namun hal ini telah berubah, dan diharapkan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.



Cancel

Terima Kasih atas comment anda