-->

Maradona Meninggal Dunia


Berita yang mengembarkan seluruh dunia, Maradona meninggal dunia pada 25 November 2020 akibat serangan jantung selepas beberapa hari di rumahnya. Diego Maradona adalah salah satu legenda bola sepak yang sangat terkenal di dunia, bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina.


Sumber Gambar



Menurut peguamnya, Maradona telah meninggal dunia hanya 3 minggu setelah menjalani pembedahan bagi darah beku di otaknya. Pada bulan Januari, Diego Maradona telah menjalani pembedahan untuk menghentikan penderahan pada perutnya dan pada bulan Julai pula dia menjalani pembedahan lututnya.


Sumber Gambar @matiasmorlaok

Pada 3 minggu yang lalu, Diego Maradona telah dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan darah beku di otaknya, dan selepas itu Maradona keluar dari hospital bagi menjalan pemulihan di rumahnya.-sumber


Sumber Gambar @Maradona

Untuk pengetahuan anda, bermula pada tahun 1999 dan 2000, Diego Maradona pernah dibawah ke hospital kerana mengalami masalah jantung, kali kedua pula memerlukan bantuan pernafasan. Dan pada tahun 2004 pula, Diego Maradona telah dirawat di hospital kerana masalah jantung dan pernafasan yang sangat teruk akibat penyalahgunaan dadah. Diego Maradona juga pernah menjalani dua operasi pintasan gastrik untuk mengawal berat badannya dan rawatan penyalahgunaan alkohol.-sumber


Pada tahun 1991, Diego Maradona pernah di hukum oleh Napoli akibat positif kokaix dan beliau digantung perlawanan selama 15 bulan. Dan pada tahun yang sama, Diego Maradona telah ditangkap di  Buenos Aires kerana memiliki setengah kilo kokaix, dan dijatuhkan hukuman penggantungan selama 14 bulan.


Sumber Gambar @verissimotv


Namun begitu pada tahun 2017 terdapat laporan yang menyatakan yang dia (Diego Maradona) telah berhenti mengambil dadxh. Diego Maradona memberitahu pada wartawan tersebut bahawa dia tidak mengambil dadxh selama 13 tahun dan merasa 'hebat'.


Kehilangan legenda pemain bola sepak Diego Maradona sangat memberi kesan kepada seluruh dunia. Walaupun pelbagai masalah yang beliau hadapai, Diego Maradona tetap dianggap sebagai pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dunia. 


Sumber Gambar @charlyarq




Sumber Artikel

3 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda