-->

Ukiran Kayu Berbentuk 3D (19 Gambar)

 

Ini adalah hasil ukiran kayu yang berbentuk 3D dari negara Jepun. Bukan biasa-biasa ukirannya ini, nampak macam "real". Ukiran kayu seperti ini dikenali sebagai teknik "kayu inlay", iaitu memahat bahan kayu dengan menambahkan unsur yang menarik seperti gambar di bawah ini....


Facebook @Toru Fukuda

Beliau dikenali sebagai Toru Fukuda, menurut Toru dia memgambarkan dirinya sebagai pembuat kayu inlay 3 dimensi. Yang bermaksud mengambil kesenian kayu inlay tradisinoal Jepun (Mokuzogan) dan menerapkan bentuk tiga dimensi. Dengan cara ini, beliau dapat menarik perhatian orang ramai dan memperlihatkan karya seninya yang nampak realistik .


Pada asalnya, Toru Fukuda  berkerja di Hokkaido di sebuah syarikat pembuatan perabot. Pada usia 20 tahun, Toru Fukuda mengambil keputusan untuk berhenti berkerja dan menjadi seorang seniman. Dengan keputusan ini Toru Fukuda dapat memberikan  tumpuannya 100% terhadap karya seni beliau.


Sumber Gambar

Toru Fukuda juga minat dengan bentuk-bentuk serangga. Ini kerana, serangga adalah antara makhluk yang mengaggumkan bagi Toru Fukuda. Dengan kerja keras beliau, Toru Fukuda telah berjaya membuat bentuk kayu yang menyerupai bentuk serangga seperti rama-rama dan kumbang. 


Sekirannya anda berminat dan ingin mengetahui perkembangan karya Toru Fukuda, sila ke laman facebook beliau "福田 亨 Fukuda Toru". Gambar di bawah ini hasil karya Toru Fukuda, seorang senima kayu inlay 3 dimensi dari negara Jepun.


1. Karya Seni Toru Fukuda Ukiran Kayu Berbentuk 3D (Rama-rama dengan titisan air)











2. Karya Seni Toru Fukuda Ukiran Kayu Berbentuk 3D (Rama-rama di atas ranting kayu)






Sumber Gambar



Berminat? Klik Sini (14 Gambar Contohi Sikap Negara Jepun)



3. Karya Seni Toru Fukuda Ukiran Kayu Berbentuk 3D (Rama-rama di atas batu-batu kecil)








Sumber Gambar

1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda