Tempat terbiar paling menakutkan di dunia sering menyimpan cerita atau kisah-kisah misteri serta keadaan dan suasana yang menakutkan. Tterdapat tempat-tempat yang ditinggalkan yang menimbulkan perasaan aneh dan seram kepada sesiapa yang mengunjunginya.
Di sini oohsenyum senaraikan antara 10 tempat terbiar paling menakutkan di dunia. Jangan lupa share tau...
1. Tempat Terbiar Paling Menakutkan Di Dunia : Vallone Dei Mulini, Italy
Valle dei Mulini, yang juga dikenali sebagai "Valley of Mills," merupakan destinasi menarik di Itali yang penuh dengan misteri dan sejarah menarik. Valley of Mills mendapat namanya daripada kumpulan runtuhan kilang moden yang kini dipenuhi dengan tumbuhan hijau. Runtuhannya berasal dari letusan besar yang menghancurkan kawasan Mediterranean lebih daripada 35,000 tahun yang lalu. Pada masa dahulu, lembah ini adalah tempat penting bagi industri tepung dan papan.
Kehijauan tempat ini memberikan pemandangan yang menakjubkan. Tumbuhan liar yang memenuhi sekitar bangunan-bangunan terbiar mencipta pemandangan yang menarik tetapi menakutkan. Bagi yang berani menjelajahi Valley of Mills adalah satu pengalaman yang unik. Anda dapat merasai keheningan dan misteri, serta menghayati sejarah yang tersimpan di setiap sudut tempat ini.
2. Tempat Terbiar Paling Menakutkan Di Dunia : Ta Prohm, Cambodia
Ta Prohm, sebuah kuil terbiar di Kemboja, tempat terbiar yang menawarkan pemandangan yang memukau dan seram. Dibina pada tahun 1186 oleh Jayavarman VII, kuil ini mempunyai sejarah yang menarik.
Ta Prohm terkenal dengan kehadiran pokok-pokok besar yang menjalar dan merangkumi struktur batu kuilnya. Akar-akar pokok ini mencipta gabungan alam semula jadi dan seni bina yang menakjubkan. Pada asalnya, Ta Prohm adalah sebuah banggunan Buddha dan pusat pembelajaran.
Ta Prohm masih mengekalkan kesan pengabaian dan ia semakin menjadi tumpuan utama, selepas penampilannya dalam filem Lara Croft: Tomb Raider. Dengan popularitinya yang meningkat, kuil ini kini menjadi salah satu destinasi utama di kawasan Angkor.
3. Tempat Terbiar Paling Menakutkan Di Dunia : Spreepark, Germany
sumberSpreepark adalah satu lagi tempat terbiar paling menakutkan di dunia, terletak di Berlin. Sejak penutupannya pada tahun 2002, taman hiburan ini telah menjadi destinasi yang menarik minat ramai.
Homebush Bay di Sydney adalah salah satu tempat terbiar paling menakutkan di dunia. Terletak di sebelah barat Sydney dan sebelah selatan Sungai Parramatta, kawasan ini menjadi tempat terbiar kapal-kapal bersejarah dari Perang Dunia II. Salah satu kapal yang paling menonjol di sini adalah kapal yang dikenali sebagai SS Ayrfield, atau 'Hutan Terapung' (Floating Forest). Kapal ini, telah berusia lebih dari 102 tahun dan telah dibiarkan terbiar sejak tahun 1972.
sumberKapal ini dibina pada tahun 1911 di United Kingdom dan digunakan semasa Perang Dunia Kedua untuk mengangkut bekalan kepada tentera AS di Lautan Pasifik. Kapal SS Ayrfield kini menjadi tempat yang menakutkan dengan kehadiran belukar dan tumbuhan di atasnya seperti kapal berhantu. Walaupun tempat terbiar , ianya menjadi popular di kalangan pencinta fotografi dan pelancong di Sydney. Tempat ini adalah percuma untuk dikunjungi dan anda tidak memerlukan panduan untuk menerokai kawasan tersebut; hanya bersiar-siar di sekitar kawasan itu dan mengambil gambar .
Mmm
ReplyDeleteSemua tempat nampak menarik dengan kesan kisah disebalknya, tapi paling menarik - Hashima Island, Japan hingga dijadikan sebagai tapak warisan dunia.
ReplyDeleteYang paling menakutkan kuil Ta Prohm tu.
ReplyDeleteseram dan menarik semua tempat
ReplyDeletepaling menyeramkan adalah Ta Phrom di Cambodia
Delete