Harimau Bintang Di China Jadi Tumpuan Kerana Gemuk

Baru-baru ini, Zoo Taman Panzhihua di Sichuan, China, telah menjadi tumpuan ramai. Kerana seekor harimau bintang yang sangat gemuk, sehingga netizen menyamakannya dengan watak Officer Clawhauser dari filem animasi Zootopia!

Xie Fan, seorang penduduk tempatan, mengatakan dia telah melihat harimau bintang ini beberapa kali sejak dia remaja. Kali terakhir dia melihatnya pada tahun 2017, dan ketika itu berat harimau bintang tersebut masih normal. Menurut pihak zoo, harimau bintang ini berusia 16 tahun, bersamaan dengan manusia berusia 60 atau 70 tahun. Kekurangan ruang untuk bersenam menyebabkan harimau bintang ini menjadi gemuk. Kulit longgar akibat penuaan juga membuatkannya kelihatan lebih gemuk.

Harimau bintang ini diberi makan daging lembu dan ayam setiap hari dan menjalani pemeriksaan fizikal secara berkala. Walaupun gemuk, fungsi tubuhnya masih normal. Namun, pihak zoo merancang untuk membantu harimau bintang ini menurunkan berat badan dengan menyesuaikan pemakanan, memperbaiki persekitaran dan meningkatkan senaman.

Sumber

Sumber
Apa yang menarik, bukan hanya harimau bintang ini sahaja yang gemuk.Seorang netizen dari Weihai, wilayah Shandong, melaporkan bahawa semua haiwan di Dunia Hidupan Liar Gunung Shendiao Xixiakou gemuk, termasuk buaya, hyena, harimau, rakun, dan singa. Tahun lalu, seekor rubah di Taman Hidupan Liar Yunnan menjadi terkenal di media sosial kerana gemuk seperti tong gas. Pada tahun 2020, dua panda gergasi di Taman Hidupan Liar Hainan juga menjadi gemuk dan zoo tersebut memulakan pelan penurunan berat badan.

-sumber


Baca Ini :

Gambar Lawak Part 4 (10 Gambar)

Fotografik Oleh Guodong Zhao Binatang Jadi Gemuk (8 Gambar)

Kisah Inspirasi Lelaki Gemuk (9 Gambar)




1 Comments

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post