Usus Terkeluar Selepas Batuk Dan Bersin Serentak!

Inilah kisah seorang lelaki dari Florida yang mengalami insiden mengejutkan semasa sarapan bersama isterinya. Lelaki berusia 63 tahun itu baru sahaja menjalani pembedahan abdomen akibat komplikasi kanser prostat, termasuk cystectomy, iaitu pembedahan membuang pundi kencing. Doktor mengesahkan luka pembedahannya telah sembuh dengan baik dan beliau pulang ke rumah dalam keadaan baik.


Pada pagi kejadian, lelaki itu dan isterinya merancang untuk meraikan kesihatannya yang kembali pulih. Namun, semasa sarapan, beliau batuk dan bersin serentak, menyebabkan bahagian perutnya basah dan kesakitan. Apabila melihat perutnya, dia terkejut mendapati beberapa inci usus terkeluar dari luka pembedahan.

Dalam situasi panik, isterinya segera memanggil ambulans. Paramedik yang tiba empat minit kemudian mendapati terdapat bukaan tiga inci dengan sejumlah besar usus terkeluar. Oleh kerana usus lelaki ini dalam keadaan lembap, paramedik tersebut menutupnya dengan saline sebelum membawa lelaki itu ke hospital.

Di hospital, lelaki itu segera dibawa ke bilik bedah. Doktor berjaya memasukkan semula ususnya ke dalam badan tanpa kecederaan pada usus. Luka tersebut ditutup dengan pelbagai kaedah termasuk jahitan figure-of-8, jahitan dalaman dan luaran serta staples pembedahan. Selepas pulih selama enam hari di hospital, beliau dibenarkan pulang tanpa komplikasi lanjut.


Baca ini :

Wanita Tinggal Di Atas Bumbung Selama Setahun Tanpa Sesiapa Menyedari

Wanita Bawa Mayat Ke Bank Untuk Buat Pinjaman (4 Gambar)


Kes ini telah didokumenkan dalam American Journal of Medical Case Reports. Komplikasi serius tetapi jarang berlaku ini dikenali sebagai evisceration, yang berlaku apabila organ dalaman terkeluar melalui luka pembedahan akibat wound dehiscence, iaitu terbukanya semula luka pembedahan. Keadaan ini boleh terjadi pada 3 dari 100 orang yang menjalani pembedahan abdomen dan pelvis, dan sehingga 10 peratus bagi pesakit warga emas. Keadaan ini boleh membawa maut kepada 40 peratus pesakit akibat kehilangan darah yang banyak, kesakitan teruk yang berpanjangan atau kecederaan pada organ yang terdedah. 

Kisah lelaki ini mengingatkan kita tentang pentingnya berhati-hati selepas menjalani pembedahan, terutamanya bagi warga emas. Jika anda atau orang tersayang baru sahaja menjalani pembedahan, pastikan luka pembedahan dijaga dengan baik dan elakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh memberikan tekanan pada kawasan tersebut, seperti batuk kuat atau bersin.

Sumber



Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post