Seorang lelaki di Carolina Utara, Dr. Craig Adams, mendakwa hartanya yang bernilai RM18 juta (kira-kira $4 juta) telah dituntut secara haram oleh seorang wanita yang tidak pernah ditemuinya. Dr. Adams, seorang doktor gigi dari Raleigh, baru-baru ini terkejut apabila mengetahui bahawa rumah yang didiaminya selama bertahun-tahun kini bukan lagi atas namanya, tetapi telah didaftarkan atas nama seorang wanita asing.
Wanita itu, Dawn Mangum, dikatakan telah mengemukakan dokumen palsu dengan mendakwa pemilikan rumah tersebut melalui tuntutan "deed warranty" yang palsu. Dr. Adams hanya menyedari bahawa dia sudah tidak lagi memiliki hartanya setelah seorang jiran bertanya sama ada dia telah menjual rumah itu. Jiran tersebut juga memaklumkan bahawa Mangum telah meminta kod akses pintu pagar. Apa yang mengejutkan Dr. Adams, wanita itu juga menunjukkan salinan "deed" yang sah atas namanya. Setelah diperiksa, memang benar dokumen itu telah diperoleh secara sah daripada Pejabat Pendaftar Harta, dan tidak boleh dibatalkan.
“Mereka kata tiada apa yang boleh dilakukan untuk membatalkan pendaftaran ini,” kata Dr. Adams kepada wartawan tempatan. “Satu-satunya jalan adalah saya perlu mengupah peguam sendiri, dan anggaran pertama yang saya terima ialah sekitar RM37,000 (kira-kira $8,000) untuk memfailkan saman sivil terhadap wanita ini.”
Baca ini :
6 Gambar Hasil Deco Rumah Paling Menakjubkan
Kisah Inspirasi Rumah Pelik Dr. Seuss (7 Gambar)
Kisah Inspirasi : Rumah Terbang Yang Menarik Dari Itali (9 Gambar)
Dr. Adams mengesyaki bahawa tujuan Mangum adalah untuk "squat" di rumahnya dan menggunakan "deed" tersebut untuk melambatkan proses pengusiran. Namun, Mangum memberitahu saluran berita ABC 7 Chicago bahawa dia hanya memfailkan dokumen tersebut kerana dia menyangka rumah itu telah ditinggalkan dan undang-undang membenarkan seseorang menuntut harta yang telah dirampas atau ditinggalkan. Mangum turut mendakwa bahawa dia ingin memulangkan pemilikan rumah tersebut kepada Dr. Adams, tetapi undang-undang tidak membenarkan. Pejabat Pendaftar juga tidak dapat membuang dokumen yang telah direkodkan.
Apa yang paling merisaukan Dr. Adams adalah sikap Pejabat Pendaftar Harta yang tidak membuat sebarang semakan mudah sebelum mengeluarkan "deed" untuk harta bernilai RM18 juta kepada orang yang tidak dikenali. Beliau berpendapat kesnya ini menjadi peringatan kepada semua penduduk Carolina Utara. "Sesiapa sahaja boleh pergi ke pejabat pendaftar dan membuat tuntutan palsu ke atas harta orang lain," katanya.
Walau bagaimanapun, Pejabat Pendaftar Harta Carolina Utara menafikan sebarang tanggungjawab terhadap situasi ini, dengan mendakwa bahawa mengikut undang-undang negeri, kakitangannya tidak diwajibkan untuk menyemak kesahihan "deed" atau penyedia dokumen tersebut. Mereka hanya boleh menolak untuk merekodkan dokumen jika penipuan disyaki, tetapi tiada kecurigaan dalam kes ini.
Beberapa hari lalu, Jabatan Sheriff Wake County telah menahan Dawn Mangum dari Louisburg setelah dia didakwa dengan kesalahan memfailkan dokumen palsu untuk menuntut harta RM18 juta milik Dr. Adams.
uish..mcm ni pun boleh. bahaya betul
ReplyDeleteThank you so much for the post you do and also I like your post.
ReplyDeleteCar photo editing service | Background removal service