-->

Kisah Inspirasi : Rumah Terbang Yang Menarik Dari Itali (9 Gambar)


Ini adalah kisah inspirasi mengenai Rumah Terbang, biar betul rumah boleh terbang? sebenarnya tidak, hanya nama sahaja dikenali sebagai rumah terbang, kerana kemampuan rumah ini boleh berubah-ubah kedudukan. Rumah terbang ini direka dan dibina oleh Annunzio Lagomarsini dan bertempat di Astelnuovo Magra, di Itali. 


Sumber

Logomarsini adalah seorang pesara kejuruteraan yang berkerja selama beberapa tahun di syarikat banggunan milik keluarganya. Logomarsini mulai belajar bidang kejuruteraan semenjak tahun 1977 lagi, dan kini dia setelah bersara. Pada masa inilah beliau cuba membina sebuah rumah yang unik, menarik dan mempunyai kelebihan yang tidak pernah ada apa rumah orang lain.


Sumber


Menurut laporan, Lagomarsini memerlukan 7 tahun untuk membina rumah terbang ini dan tinggal bersama isterinya.  “I kept building until I saw the sea, then I stopped. if a height of 22 meters is not enough, I will be even taller." kata Lagomarsini.


Sumber

Sumber


Rumah terbang ini mulai dibina pada tahun 1987 sehingga 1994. Rumah terbang ini keluasan 110sqm ( meter persegi) dan mempunyai dua tingkat, termasuklah kaki limanya. Ia dibina dengan menggunakan bahan kita semula dari bangunan dan kapal tentera laut, dan diskonong oleh platform logam yang membolehkan rumah terbang ini diangkat tingga ke paras 20 meter dari permukaan tanah. Malah rumah terbang ini mampu berpusing hingga 360 darjah serta boleh bergerak hingga 12 menter.  Menarik bukan!


Mungkin Anda Berminat Dengan Kisah Inspirasi Rumah Pelik Dr. Seuss (7 Gambar)


Sumber

Sumber


Menurut Lagomarsini, pada masa dulu ayahnya tinggal di kawasan bukit dan dia sangat suka dengan cahaya matahari. Setiap kali pancaran cahaya matahari berubah, ayahnya akan membawa kerusinya dan duduk di kawasan yang mempunyai pancaran cahaya matahari. Sepanjang hari ayahnya akan mengubah tempat duduk, hanya untuk mendapatkan cahaya matahari. 


Dengan melihat keadaan ayahnya begitu, Lagomarsini berjanji pada dirinya, yang dia akan berusaha membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah ayahnya apabila dewasa nanti. Maka inilah hasilnya rumah terbang yang boleh diubah-ubah kedudukannya oleh Lagomarsini. 


Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2012, Lagomarsini telah melakukan beberapa penyelenggaraan membaiki rumah terbang ini. Dan dengan tidak sengaja, Lagomarsini telah tertekan butang salah satu enjin rumah ini. Dan mengakibatkan berlakuknya kerosakan pada enjin rumah terbang ini, menjadikan rumah terbang ini tergantung pada satu kedudukan.


Untuk memperbaikinya, Lagomarsini harus mengeluarkan elektrik dari mekanisme* dan memerlukan bantuan kren untuk mengangkatnya. Akhirnya rumah ini hanya dapat dilihat dalam keadaan rehat. Maklumat tambahan, dalam bidang kejuruteraan, mekanisme adalah alat yang mengubah daya input dan pergerakan menjadi sekumpulan daya dan pergerakan output yang diinginkan. Mekanisme umumnya terdiri daripada komponen bergerak yang mungkin merangkumi: Kereta api dan gear; Pemacu tali pinggang dan rantai.-Sumber


Ini adalah gambar satelit rumah terbang yang dibina oleh Annunzio Lagomarsini


Sumber Gambar

Sumber Gambar

Sumber Gambar


Mungkin Anda Berminat Dengan Kisah Inspirasi Pasangan Suami Isteri Demi Anak (9 Gambar)


Cancel

Terima Kasih atas comment anda