-->

Jenis Hantu Dari Seluruh Negara (8 Gambar)

Apabila menceritakan kisah hantu, apa yang ada dalam fikiran anda sekarang? Pastinya kita rakyat malaysia membayangkan hantu ini berpakaian putih dan rambut panjang. Itu anggapan kita, tetapi di negara lain pula berbeza. 

Dari segi pandangan Islam menurut al quran dan sunnah, hantu ini sebenarnya tidak wujud sama sekali. Sebaliknya yang wujud dalam al quran adalah iblis,jin dan syaitan. Maka, hantu ini adalah kepercayaan masyarkatan melayu yang berasal daripada roh orang yang telah mati, yang tidak tenteram disebabkan sesuatu hajat yang belum selesai seperti ingin membalas dendam ke atas orang yang masih hidup.

Setiap masyarakat mempunyai kepercayaannya sendiri mengenai hantu. Gambar di bawa adalah jenis-jenis hantu dari seluruh negara. 



Wendigo adalah makhluk jenis memakan manusia yang berasal dari hutan utara Pantai Atlantik dan Wilayah Great Lakes di Amerika Syarikat dan Kanada. Wendigo dipercayai sentiasa berkeliaran di dalam hutan untuk mencari manusia sebagai korbannya.



Wendigo mempunyai kekuatan yang sangat hebat, kepantasan dan daya pertahanan diri yang kuat. Wendigo akan memburu manusia sekirannya mereka cuba melintasi kawasannya. Dengan itu sila berhati-hati apabila memasuki hutan di Amerika Syarikat dan Kanada.




Terdapat dua penjelasaan mengenai hantu, pertama hantu merupakan sejenis yang wujud tanpa fizikal. Ia seringkali dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. 

Kedua hantu merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, oleh itu hantu ialah jin yang mengganggu manusia.



Pada zaman dulu hantu ini dianggap sebagai jembalang atau penunggu. Dan pada masa itu, mereka percaya semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami oleh "penunggu" yang perlu dijaga dengan baik agar penunggu tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk di kawasan tersebut. 





Makhluk ini dikenali sebagai Asag,  makhluk ini datang dari leganda Sumeria kuno. Asag dianggap sebagai syitan yang mengerikan dari dunia bawah tanah. Asag muncul di dunia kerana ingin menggagalkan dewa Ninurta.

Untuk melakukan misi tersebut, Asag menciptakan pasukannya  untuk melakukan permintaannya. Setelah dikalahkan oleh Ninurta, Asag mengubah haluannya dengan menentang umat manusia terutamanya mereka yang suka berjalan jauh. 




Tengu ialah makhluk yang dijumpai dalam cerita rakyat Jepun, kesenian Jepun, teater Jepun, dan sastera Jepun. Tengu merujuk pada makhluk goblin yang boleh terbang.

Menurut kepercayaan rakyat jepun, Tengu ini mempunyai kulit yang merah menyala, hidungnya sangat panjang, dan sifatnya yang sangat angkuh. Jika seseorang itu diserang oleh tengu, dan cuba mengubatinya dengan cara yang tidak betul, maka orang itu pasti akan menjadi korban tengu pada masa akan datang.


Ramai yang percaya bahawa tengu ini adalah semangat bekas pemimpin agama yang telah dianiaya oleh ahli agama sendiri dan dia cuba membalas dendam terhadap mereka.