-->

Sanggup Korbankan Nyawv Cucu Demi Kucing (4 Gambar)



Kes ini berlaku di negara China, seorang nenek sanggup mengorbankan nyawv cucunya demi menyelamatkan kucing tersayang. 


Rakaman video ini semakin viral di laman sosial, kerana kesungguhan seorang nenek sehingga dia lupa nyawa cucunya di hujung tanduk.

Cucunya yang dikenali sebagai Hao Hao, yang sedang memakai tali tergantung di balkoni bangunan 5 tingkat demi menyelamatkan kucing neneknya.



Tali tersebut dipegang oleh seorang wanita tua iaitu neneknya yang dikenali sebagai Tang dan dibantu oleh seorang lelaki dewasa yang berkemungkinan paciknya.

Mereka menurunkan Hao hao secara perlahan sehingga sampai di balkoni bangunan tersebut. Selepas Hao hao mengambil kucing itu, mereka menaikkan semula Hao hao secara perlahan-lahan.



Menurut Hao hao, dia dalam keadaan sedar apabila diberitahu oleh neneknya untuk mengambil kucing kesayangan mereka yang terperangkap di balkoni. Menurut Wang Ying sebagai ahli jawatan kuasa perumahan tempatan, tindakan seperti itu sangat berbahaya terutamannya pada budak tersebut.



Semasa ditemubual Tang menyatakkan cucunya dalam keadaan baik dan selamat, dan mereka yakin dengan keselamatan cucunya. Namun begitu, Wang Ying mengulangi semula rakaman video tersebut untuk dilihat oleh Tang sendiri.

Selepas melihatnya rakaman tersebut, Tang menyedari tindakannya itu sangat berbahaya, dan Tang berjanji tidak akan mengulanginya. "Saya tahu apa yang saya lakukan adalah salah dan saya tidak akan berlaku lagi," katanya. -sumber


1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda