-->

6 Game Smartphone Semasa Covid 19


Tentu ramai di antara kita mulai merasa bosan di rumah. Jadi untuk mengisi masa lapang anda, terdapat beberapa pilihan untuk permainan game kereta yang menarik dan terbaik untuk anda. Dan game ini boleh di install pada semua jenis smartphone sama ada Android atau pun IOS. 



1. Asphalt 9: Legends


Asphalt 9: Legends adalah permainan video perlumbaan yang dibangunkan oleh Gameloft Barcelona dan diterbitkan oleh Gameloft. 


Dikeluarkan pada 25 Julai 2018, permainan ini mempunyai grafik yang sangat baik, dan terdapat juga kandungan yang tidak boleh dibuka, dan boleh disertai oleh pemandu lain secara online.


2. Hill Climb Racing 2


Hill Climb Racing 2 adalah salah satu permainan mudah alih yang lebih menarik. Permainan ini menggunakan grafik 2D. Kawalan kenderaan sangat mudah dipelajari. Terdapat pelbagai jenis kenderaan yang anda boleh pilih.


Matlamat permainan ini sudah tentu untuk mencapai garisan penamat. Permainan ini juga sangat mudah, kerana pemain hanya perlu memberi perhatian kepada kenderaannya sendiri bagi mengelekan daripada kemalangan.



3. Need for Speed No Limits


Need for Speed ​​No Limits adalah permainan lumba kereta secara percuma untuk smartphone iOS dan Android. Pemainan lumba kereta ini dikembangkan oleh Firemonkeys Studios dan diterbitkan oleh Electronic Arts. 

Terdapat pelbagai jenis kereta yang boleh anda gunakan dalam permaiana ini, dan lebih daripada 1,000 perlumbaan yang anda boleh sertai. 


4. Top Speed 2


Top Speed ​​2 mempunyai jalan cerita yang menarik. Anda akan memulakan perjalanan dari bawa dahulu, sehinggalah anda mampu berlumba di kawasan bandar.

Selain meningkatkan kemahiran anda semasa perlumbaan, anda juga perlu mendapatkan wang dan melaburnya untuk memperbaiki kenderaan yang anda miliki.


Permainan ini pasti akan menjadi pengalaman terbaik untuk pengguna, jadi apa lagi cubalah merasai permainan Top Speed ​​2 ini.


5. CSR Racing 2


CSR Racing 2 adalah salah satu permainan kereta drag-racing yang paling popular, hanya 2 buah kereta yang akan berlumba sehingga kegarisan penamat. Seperti permainan lain, anda juga boleh menyesuaikan kereta dan naik taraf untuk prestasi yang lebih baik dan  membuat modifikasi yang diinginkan.


Dalam permainan ini terdapat lebih daripada 200 buah kenderaan yang anda boleh gunakan seperti kereta Ferrari, Prosche, Aston Martin dan banyak lagi. Manakala grafik dalam permainan CSR Racing 2 juga sangat baik. Berminat? cubalah install.


6. Rush Rally 3


Ini adalah game oohsenyum paling suka, dari dulu hingga sekarang. Kenapa? ini kerana permainan ini seperti perlumbaan sebenar, anda perlu memberi tumpuan sepenuhnya semasa memandu.


Sekirannya anda lalai, kereta anda akan terperangkap pada pokok atau jatuh dari tebing. Permainan ini perlu ada kesabaran yang tinggi. Terdapat pelbagai perlumbaan yang disediakan, anda perlu mahir disetiap jalan perlumbaan dan menghafal jalan yang mempunyai selekoh yang sukar. Nak cuba, install...dan sabar.



1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda