-->

11 Gambar Ucapan Kreatif Hari Raya Oleh Francais Malaysia



Pada masa ini, banyak syarikat Francaise yang berlumba-lumba untuk cuba menarik perhatian para pelanggan dengan ucapan yang kreatif dari mereka sempana Hari Raya adilfitri bagi tahun 2020, syarikat franchise yang dimaksudkan ini adalah syarikat francais makanan seperti KFC, McDonald, Burger King dan lain-lain.



Disebabkan penularan wabak covid 19 yang berlaku di negara kita, mereka terpaksa akur dengan perintah kerajaaan dengan menutup kedai mereka pada beberapa bulan yang lalu. Semestinya syarikat franchise ini mengalam kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit dan ada yang mencecah sehingga berjuta-juta ringgit.


Dan kini, kerajaan telah mengarahkan untuk membuka semula syarikat franchise mereka. Apa itu Francais ? 

Pada dasarnya perkataan francais berasal daripada perkataan Perancis yang bermakna ‘kebebasan’ atau ‘pengecualian dari cukai’. Akan tetapi walaupun istilah francais diambil dari bahasa Perancis, namun negara yang mempopularkan sistem ini adaah Amerika Syarikat.


Francais adalah satu aktiviti perniagaan dan keusahawanan yang
berasaskan perjanjian yang kukuh antara (francaisor) sebagai pemilik jenama dan sistem pelaksanaan dengan (francaisi) sebagai pihak yang menjalankan aktiviti perniagaan tersebut, dengan ketetapan perundangan dan ketentuan yang berlaku dalam sebuah negara. Francaisor dan francaisi keduanya memiliki hak dan kewajipan yang mesti ditunaikan antara satu dengan lainnya. -sumber


Berbalik dengan ucapan kreatif hari raya, gambar di bawah menunjukkan beberapa ucapan sempena hari raya yang telah dikeluarkan oleh beberapa syarikat francais makanan di Malaysia.

Instagram @burgerking_malaysia
Sebenarnya ini adalah video, anda boleh melihatnya di akhir post ini. McDonald's merupakan restoran makanan segera yang terbesar di dunia, melayan hampir 47 juta pelanggan setiap hari.

Instagram @marrybrownmy
Ucapan video kreatif oleh syarikat Marrybrown Sdn Bhd, syarikat ini adalah restoran makanan segera halal Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1981. Ia merupakan rantaian makanan segera tempatan pertama untuk francais perniagaannya di Malaysia dengan lebih daripada 138 buah restoran tempatan.


Instagram @brmalaysia
Baskin-Robbins adalah rantaian ais krim yang bersifat global yang diasaskan oleh Burt Baskin dan Irv Robbins pada tahun 1945. Ais krim yang dihasilkan telah digabungkan di Glendale, California.

instagram @dominosmy
Domino's, ialah rantaian restoran piza Amerika yang ditubuhkan pada 1960. Ibu pejabatnya terletak di Domino's Farms Office Park di Ann Arbor, Michigan. Pada Februari tahun 2018, ia menjadi penyedia piza paling terlaris di serata dunia dari segi jualan.


Instagram @mcdonaldsmalaysia
McDonald's merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia, melayan hampir 47 juta pelanggan setiap hari.


Instagram @pizzahutmalaysia
Pizza Hut merupakan sebuah rangkaian restoran dan francais makanan antarabangsa yang berasas di Dallas, Texas dan mengkhusus dalam piza gaya Amerika Syarikat.


Facebook -Secret Recipe Malaysia
Secret Recipe ialah syarikat rantaian kafe yang disahkan halal Malaysia yang ditubuhkan pada 1997. Ia mempunyai cawangan antarabangsa di Singapura, Indonesia, Thailand, China, Brunei, Kemboja, Myanmar dan Maldives.


Instagram @bigappledonutscoffee
Big Apple Donuts & Coffee adalah kedai kafe di Malaysia yang mengkhususkan makanan donat dan minuman kopi. Syarikat ini dimilik dan diuruskan oleh Big Apple Interasia. Big Apple Donuts & Coffee dibuka pertama kalinya di Malaysia dan bermula berniaga pada tahun 2007.

Instagram @krrmalaysia
Kenny Rogers Roasters adalah rangkaian restoran berasaskan ayam yang diasaskan pada tahun 1991 oleh seorang pemuzik yang dikenali sebagai Kenny Rogers dan bekas CEO KFC John Y. Brown Jr., yang merupakan bekas gabenor negeri A.S. di Kentucky. 


Instagram @kfcmalaysia
Kentucky Fried Chicken yang mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Keuntungan terbaik KFC pada tahun 2011 iaitu 9.2 bilion dollar. Pengasas KFC dikenali sebagai Colonel Sanders, pada 24 September 1952, North Corbin, Kentucky, Amerika Syarikat.





Ucapan hari raya oleh Wendy's bahagian Middle East, Wendy's adalah sebuah rangkaian restoran makanan segera yang diasaskan oleh Dave Thomas di Dublin, Ohio pada tahun 1969, dan kini dimiliki oleh Wendy's International, Inc., sebuah perbadanan Amerika Syarikat. Rangkaian ini mempunyai lebih daripada 6,600 buah restoran di seluruh dunia.





Cancel

Terima Kasih atas comment anda