-->

Teka Teki Lawak (130 Teka Teki)


Jom main teka teki lawak dan teka teki susah, terdapat 130 teka teki yang menarik dan lawak untuk anda. Dan teka teki lawak ini dibagi kepada 6 bahagian yang sangat menghiburkan anda.

Sumber gambar

Apa itu teka teki? Teka-teki adalah pernyataan atau pertanyaan atau frasa yang mempunyai makna ganda atau tersembunyi, yang dikemukakan sebagai teka-teki untuk diselesaikan.

Berbalik dengan teka teki, terdapat 6 bahagian iaitu Teka teki Lawak, Teka Teki Susah,  Teka-Teki Imam Al-Ghazali, Teka Teki Zaman Dulu dan Teka Teki Terkini (2020). 

Semoga anda terhibur dengan teka teki di bawah ini, jangan risau terdapat jawapan disediakan,  jangan lupa share dengan rakan anda.

1. Teka Teki Lawak Dan Susah

1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali…
Jawapan : Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.

2. Sebab apa siput babi jalan lambat?
Jawapan : Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.

3. Sukan apa selepas main kita tabik?
Jawapan : Golf

4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?
Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.

5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?
Jawapan : Kuching, Sarawak.

6. Kuda apa yang tiada kaki?
Jawapan : Kuda kepang

7. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.
Jawapan : Stokin

8. Binatang apa yang kurang ajar?
Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.

9. Ikan apa yang paling rajin?
Jawapan : Ikan bandaraya sebab suka cuci cermin akuarium.

10. Pokok apa yang suka berkahwin?
Jawapan : Pokok pinang

11. Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak?
Jawapan : Buah Melaka

12. Binatang apa yang selalu penat?
Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah.

13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?
Jawapan : Teksi

14.  Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?
Jawapan : Bunga tayar

15. Kenapa orang gali kubur tak pakai spender
Jawapan : Apa kes nak pakai spender, Pakai cangkul

16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula?
Jawapan : Patah balik

17. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?
Jawapan : Donut, Kuih keria

18. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan : Penguin

19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?
Jawapan : Ayam jadi banyak

20. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?
Jawapan : Kereta kabel

21. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?
Jawapan : Udang iaitu U dan G

22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki?
Jawapan : Baju

23. Permainan apa yang paling berat sekali
Jawapan : catur (sebab kena bawa raja,permaisuri,kuda dan sebaginya

24. Benda apa, kepala bujur satu kaki?
Jawapan : Reket badminton

25. Bom apakah tidak boleh meletup?
Jawapan : Bomba

26.  Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk?
Jawapan :  Stone Cold

27. Pokok apakah yang berbuah sekali sahaja?
Jawapan : Pokok pisang

28. Dia lembu, tapi bukan lembu…
Jawapan : Gambar lembu

29. Ubat ini biasanya berwarna hijau tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?
Jawapan : Ubat nyamuk

30. Negara apakah yang ejaannya huruf berganda?
Jawapan : Uganda

31. Tidak boleh dilihat tetapi boleh ditimbang?
Jawapan : Bertimbang rasa

32. Apakah anggota badan buaya yang terdapat di darat?
Jawapan : Lidah buaya

33. Ikan apakah yang boleh digunakan untuk mengikat?
Jawapan : Ikan tilapia

34. a) Bagaimana hendak memasukkan gajah di dalam peti ais?
Jawapan : Angkat gajah, buka peti ais dan masukkan.

b) Bagaimana hendak memasukkan zirafah di dalam peti ais?
Jawapan : Buka peti ais, keluarkan gajah dan masukkan zirafah.

c) Ada hutan terbakar, semua haiwan mati. Haiwan apakah yang tidak mati?
Jawapan : Zirafah kerana masih ada di dalam peti ais.

35. Pokok apakah yang ada jantung?
Jawapan : Pokok Pisang

36. Benda apa bila masuk segitiga bila kluar bergulung-gulung
Jawapan : Spender dicabut

37. Benda apa, cabut kepala nampak urat, badan gemuk, pinggang ramping, kaki besar?
Jawapan : Pelita

38. 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan : Koboi naik kuda bawa ayam

39. Bila kita letak kepala dia rendah, bila kita angkat kepala dia menjadi tinggi sedikit. Benda apakah itu?
Jawapan : Bantal

40. Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan
Jawapan : Lilin masa sambut harijadi

41. Kenapa Superman pakai baju ketat?
Jawapan : Sebab bajunya ada tertulis S yang bermaksud saiz S.

42. Buah apakah kalau kita nak makan kena langkah dulu?
Jawapan : Buah dam

43. Kotak apakah yang paling berat?
Jawapan : Kotak penalti

44. Bila dia hidup, orang menyanyi. Bila dia mati, orang tepuk tangan. Benda apakah itu?
Jawapan : Lilin Hari Jadi

45. Bila kita nak ambil susah.. Bila kita sudah dapat kita buang sahaja. Apakah itu?
Jawapan : Tahi hidung

46. Benda apakah yang banyak gigi?
Jawapan : Sikat

47. Ada 3 orang budak yang bernama Ali, Hashim dan Amin. Terdapat pokok rambutan yang hanya ada sebiji sahaja. Berhampiran dengan pokok tersebut, ada masjid dan terdapat orang di dalamnya. Siapakah yang akan dapat buah rambutan tersebut sama ada Ali, Hashim atau Amin?

Jawapan : Ali kerana Amin telah pergi ke masjid apabila terdengar suara orang memanggilnya ketika habis berdoa iaitu dengan perkataan “Amin”… Hashim pula kerana ada orang bersin di masjid tersebut. Hashim ingat orang memanggil namanya. Jadi Hashim pun turut ke masjid. Oleh itu, tinggallah Ali keseorangan dan mengambil buah rambutan tersebut.

48. Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?
Jawapan : Kalau dia angkat dua-dua belah kaki macam mana dia hendak berdiri.

49. Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada di "sana" tiada di "sini", ada "besar" tiada "kecil", dua di "atas" dua di "bawah", dua di "kanan" tiada di "kiri", satu pada "emak" dua pada "ayah", ada dekat "ayam" tiada pada"itik", tidak "dirindu" tapi lebih pada "sayang"… Apakah dia?

Jawapan : Huruf A

50. Udin dan Seman masuk ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor harimau yang amat garang sekali. Harimau tersebut menerkam Udin dengan rakusnya. Seman yang berada berhampiran dengan Udin berasa amat takut. Setelah harimau tersebut membaham Udin, dia pergi meninggalkan Seman tanpa berbuat apa-apa padahal Seman tidak bersembunyi atau berlari menyelamatkan diri. Seman menjadi hairan. Mengapakah harimau tersebut tidak menerkamnya? Cuba teka mengapa?

Jawapan : Harimau tersebut hanya garang sekali sahaja seperti yang dinyatakan di dalam cerita.


2. Teka Teki Lawak

51. Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik....

52 Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

53 Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

54 Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang....cube kira brape black belt dia ade.

55 Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

56 Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

57 Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

58 Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

59 Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

60 Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

61 Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

62 Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: Sekretari baik........ ......... . 'Selamat pagi Boss' Sekretari
kurang baik........ ... 'Dah pagi ni Boss'

63 Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...heheheh

64 Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

65. Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

66. Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...


67. Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ....gile ape...

68 Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah.....

69 kenapa anak babi jln tunduk?
Answer: sebab die tau bapak die babi...
  
70 Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?
jawapan: Hingus.

71 Dia ada bulu, isi, dan batang, apakah ia?
jawapan:Jagung. 

72 Kucing apa ada tiga kaki?
Jawapan - Kucing cacat.

73 Ada seorang imam sedang solat, tiba-tiba datang seekor 
anjing lalu menjilat kakinya. adakah solat imam itu sah?

Jawapan: Sah. kerana anjing itu menjilat kakinya bukan kaki imam.

74 Ayam apa yang bertelur di mana saja?
Jawapan: Ayam betina.

75 Kenapa superman pakai baju ada huruf 'S'?
Jawapan: Kerana kalau pakai 'M' atau 'XL' nanti longgar.

76 Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?
Jawapan:Pisang goreng.

77 Katak diterbalikkan jadi katak.. kopi di terbalikkan jadi....?
jawapan:Tumpah la.

78 Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?
jawapan: Orang utan.

79 Apa dia waktu pergi terbang, pulang berenang?
Jawapan: Mata Kail



3. Teka Teki Next Level (Susah)

80. Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkataan apa yang betul ejaannya tapi salah maksudnya???
Jawapan : Perkataan "Salah"

81. Ada 3 orang dalam sebuah kapal laut; seorang nabi, seorang maharaja dan seorang hamba abdi. Kapal laut itu pun tenggelam. Antara ketiga-tiga orang tersebut, yang mana satu meninggal dunia?
Jawapan : Hamba abdi

Hamba abdi sahaja yang meninggal dunia. Ini kerana maharaja mangkat dan nabi wafat. Maharaja dan nabi tidak memerlukan istilah "meninggal dunia".

82. Sebuah basikal ada tayar, lepas tayar pulak ada tempat duduk, lepas tempat duduk ada pulak besi, lepas besi, ada handle, lepas handle apa?
Jawapan : Jatuh! Aduh sakitnya bukan kepalaaaaaang!


83. Ada satu benda ni, kalau kita tak bagitahu orang yang kita ada dia, dia akan tetap ada. Tapi, kalau kita bagitahu je orang, terus dia jadi tak ada. Apakah benda ni?
Jawapan : Rahsia. Bila dah bagitahu orang, takdelah rahsia lagi.

84. Dalam banyak-banyak api la kan, ada sejenis api yang tak panas. Api apa tu?
Jawapan : Bil api (Biasa-biasa memang tak panas, tapi kalau tinggi boleh bikin panas..hehe)

85. Ketika dicari memang susah nak dapat. Tapi bila dah dapat, ia dibuang macam tu saja. Apa bendanya tu?
Jawapan : Tahi hidung. Hah tanya lagi tahi hidung sape..

86 Masa pergi dia terbang, masa balik dia berenang-renang. Siapa dia?
Jawapan : Mata kail. Abam kaki mancing takkan tak boleh jawab kot..

87. Kenapa Superman selalu pakai baju ketat je?
Jawapan : Nak buat macam mana, dah baju dia saiz S.

88. Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang. Dia lalu ikut landasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia?
Jawapan :Zip.

89 Apakah binatang yang hidup di udara, darat, dan juga air?
Jawapan :Burung Raja Udang, sebab dia jadi burung di udara, raja di darat, dan udang di laut.

90. Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?
Jawapan :Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).

91. Kalau seorang, dia sendiri tahu. Bila berdua pula, dua-dua mesti tahu. Tapi kalau bertiga, tiada yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat pula, lagilah tak tahu. Apa dia tu?

Jawapan :Kentut (lagi-lagi yang jenis silent killer.. senyap tapi membunuh.)-sumber




4. Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

92. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Jawapan: Yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

93. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Jawapan: Yang paling benar adalah MASA LALU . Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

94. Apa yang paling besar didunia ini ?
Jawapan: Yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

95. Apa yang paling berat didunia?
Jawapan: Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). 

96. Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Jawapan: Yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat 

97. Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? 
Jawapan: Yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidahlah manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.-Sumber



5. Teka Teki Melayu Zaman Dahulu

98. Dari kechil baju ijau, sudah besar baju merah?
Jawapan : Chili.

99. Luar-nya shurga, dalam-nya nuraka.?
Jawapan :Lada.

100. Bara api di dalam tanah ?
Jawapan :Kunyit.

101 Orang tua kuat berbedak?
Jawapan :Kuiidur

102. Anak pasang ranjau, emak main angin.?
Jawapan :Lalang

103. Dahulu ia berbuah kemudian berbunga?
Jawapan :Kabong

104. Berpayong bukan-nya raja, hendak berjalan tiada
kaki.
Jawapan :Chendawan.

105. Berjalan sa-tapak tertawa, berjalan sa-tapak tertawa ?
Jawapan :Jantong pisang

106. Bersisek bukan-nya ikan, berjambiii bukanynya siul ?
Jawapan :Nanas

107. Buah bagai gelokj isi bagai lada hitam.?
Jawapan :Kepaya

108. ' Tempayan') ijau berisi lada hitam.?
Jawapan :Betek

109. Lima di-luar, lima di-dalam.?
Jawapan :Manggis

110. Periok ijau, isi geragau.?
Jawapan :Limau

111. Itu dia nampak tidak.?
Jawapan :Angin

112. Panjang bagai ular, besar bagai lengan.?
Jawapan :Daun mengkuang

113. Dari kechil berkaiu, sudah besar bertelanjan?
Jawapan :Rebong

114. Tarek akar gunong berlari.?
Jawapan :Perahu



6. Teka Teki Terkini (2020)


115. Ikan apakah yang boleh diberhentikan sementara?
Jawapan : Ikan paus (ikan pause)

116. Anda terkunci di dalam sebuah kereta, dan ada satu penukul di tangan anda. Bagaimanakah caranya untuk anda keluar dari kereta tersebut?
Jawapan : Buka kunci kereta je la. Takkan tak pandai

117. Makan menyelam, tidur bergantung. Apakah ia?
Jawapan : Gayung

118. Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
Jawapan : Sama berat. Sebab sama-sama 1kg.

119. Saya boleh melihat, tetapi tidak boleh mendengar. Siapakah saya?
Jawapan : Mata.

120. Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
Jawapan : Kerusi dan meja.

121. Boleh Nampak, Tak Boleh Pegang. Tanpanya, Manusia Tak Boleh Hidup.
Jawapan : AIR

122. Bom Apa Yang Boleh Menyelamat Orang Dan Tidak Pernah Meletup?
Jawapan : BOMBA

123. Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
Jawapan : Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)

124. Apa beza disini dan disana?
Jawapan : Huruf 'i' dan 'a'.

125. Waktu bila jam anda berada pada pukul 0?
Jawapan : Waktu untuk baiki jam.

126. Dilihat dari jauh seperti epal, dilihat dari dekatpun seperti epal, tetapi ianya bukan epal. Jadi apakah itu?
Jawapan : Gambar epal.

127. Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri-biri hitam?
Jawapan : Kerana biri-biri putih lebih banyak di dalam dunia ini

128. Kalau kita makan kita berasa, kalau kita tak makan pun kita berasa. Apakah itu?
Jawapan : Makanan. Kerana kalau tak makan kita akan berasa lapar

129. Apa yang mahal pada BMW?
Jawapan : Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu.

130. Kenapa hidung lembu berair?
Jawapan : Kerana lembu tak tau nak kesat hidung-sumber







2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda