-->

Haiwan Comel Ini Diperbuat Dari Bulu (14 Gambar)


Ini adalah karya sini dari negara Russia, beliau membuat patung haiwan yang sangat comel ini dengan menggunakkan bulu biri-biri. Walaupun patung ini kecil, sebesar tapak tangan, namun ramai yang menyukainya terutamanya kaum wanita.

Beliau adalah Yulia Derevschikova, seorang wanita yang tinggal di kawasan Khabarovsk, Rusia. Derevschikova mulai membuat patung haiwan dari bulu biri-biri, sejak tahun 2015 lagi, sehinggalah ke hari ini. 



Menurut Derevschikova, untuk menyiapkan patung haiwan, ia memakan masa selama 2 jam. Derevschikova juga menggunakan jarum khas untuk menyesuaikan warna pada patung haiwan tersebut. Itu sebablah patung haiwan ni nampak macam real, sebab pemilihan warna yang hampir sama dengan warna haiwan sebenar.

Mungkin Anda Berminat : Landak Mini Yang Paling Comel (10 Gambar)


Derevschikova juga mengambil tempahan untuk membuat patung haiwan kepada mereka yang berminat. Comel tak?, anda ingin membelajarinya? jangan risau di akhir post ini anda akan melihat cara bagaimana membuat patung haiwan menggunakan bulu.

Gambar di bawah adalah hasil karya Yulia Derevschikova, membuat patung haiwan comel menggunakan bulu biri-biri. Terdapat lebih dari seribu gambar yang dimuat naik oleh beliau, di laman instagramnya. Sekiranya anda berminat, sila ikuti perkembangan Yulia Derevschikova di laman instagramnya, yang dikenali sebagai @derevschikova.


















2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda