-->

Kisah Uwais Al Qarni (17 Gambar)


Kisah inspirasi kali ini mengisahkan seorang anak yang baik dikenali sebagai Uwais Al Qarni. Atas kebaikan Uwais terhadap ibunya, Uwais lebih terkenal di langit berbanding di bumi. Kisah ini berdasarkan gambar dan gambar di bawah adalah kisah berbahasa Indonesian tetapi telah diubah ke bahasà melayu,manakala gambarnya pula telah diedit.-Sumber


Di negeri Yaman tinggal seorang penggembala biri-biri bernama Uwais Al Qarni. Uwais al-Qarni  mengalami penyakit kulit yang menyebabkan kulit pada tubuhnya menjadi bertompok-tompok.

Penduduk yang tinggal di kawasan itu kerap kali mengutuknya, kerana penyakit yang di alami Uwais al Qarni.

Uwais tinggal bersama ibunya yang sudah berumur, ibunya juga mengalami lumpuh pada bahagian kaki. Walaupun keadaan ibunya yang kurang sihat, Uwais masih tetap bersama ibunya. Kasih sayang Uwais pada ibunya  tidak ada bandingnya, sebagai seorang anak Uwais harus bertanggungjawab menjaga, merawat, dan memberi makan pada ibunya.

Pada satu hari, ibu Uwais ingatkan sesuatu, " wahai anak ku, ibu mu ini ingain sekali menunaikan ibadah haji". Apabila Uwais mendengar hajat ibunya, perasaan Uwais menjadi terharu dan ingin mengabulkannya, tetapi bagaimana?

Jarak antara negeri Yaman dengan Makkah sangat jauh, dengan keadaan ibunya yang lumpuh itu, menyukarkan lagi Uwais membawa ibunya ke Makkah.

Cara terbaik menunaikan hajat ibunya, adalah Uwais perlu menggendong/memikul ibunya dari Yaman ke Makkah. Ini sahaja cara terbaik bagi Uwais. Dengan itu, Uwais perlu bersedia untuk menperkuatkan tubuh badannya dengan cara, setiap hari dia perlu memikul haiwan ternakannya iaitu lembu dari satu tempat ke satu tempat.

Kebanyakkan penduduk yang melihat Uwais memikul lembunya, berkata "Uwais ini semakin hari semakin tidak waras". Walaupun kutukan itu sangat pedas, Uwais tetap berlatih demi menunaikan hajat ibunya.


Setelah beberapa bulan Uwais menjalani latihan, tibalah masanya untuk Uwais membawa ibunya dari Yaman ke Makkah. Semasa perjalanan, ibu Uwais tiba-tiba menangis, menagis kerana terharu atas sikap dan pengorbanan anaknya, yang sanggup membawanya ke Makkah. Setelah beberapa hari perjalanan akhirnya mereka sampai di Makkah.

Semasa di hadapan Kaabah, Uwais berdoa " Ya Allah, ampunilah dosa ibuku"

Lalu Ibu Uwais bertanya, "Uwais bagaimana pula dosa mu?"

Uwais menjawab " Dengan terampunnya dosa ibu, maka ibu akan dimasukkan ke Syurga, Cukaplah dengan keredhaan dari ibu yang akan membawa ku ke Syurga"

Setelah mereka pulang dari Makkah, penyakit yang dihadapi oleh Uwais kini semakin sembuh. Hanya satu bulatan putih saja (penyakit kulit) yang tinggal pada telapak tangan Uwais.

Pada satu hari, Uwais berhajat ingin bertemu dengan Rasulullah Saw di Madinah. Dalam masa yang sama Uwais tidak boleh meninggalkan ibunya bersendirian. Uwais meminta izin pada ibunya untuk berjumpa Rasulullah, dan setelah berjumpa Uwais akan segera pulang.

 "pergilah anak ku, berjumpalah dengan Rasulullah Saw, dan segeralah pulang" kata ibu Uwais. Uwais sangat gembir kerana diizikan oleh ibunya, dan dia berjanji akan pulang segera setalah bertemu dengan Rasulullah.

 Setelah sampai di Madinah, Uwasi terus ke rumah Rasulullah Saw. Tapi sayangnya Rasulullah tiada di rumah kerana Beliau sedang pergi berperang, menurut Aisyah R.a. Uwais sangat sedih bila dia tidak dapat berjumpa dengan Rasulullah Saw. Namun begitu, dia perlu segera pulang, kerana ibunya tinggal bersendirian di rumah.

 "tidak mengapa lah, aku perlu pula segera kerana ibunya sedang menunggu ku di rumah, sampaikan saja salam ku pada Rasulullah Saw" kata Uwais kepada Aisyah R.A

 Beberapa hari kemudian, Rasulullah Saw pun pulang. Rasulullah bertanya kepada Aisyah, apakah ada orang yang sedang mencari ku?

"ada, ya Rasulullah, beberapa hari yang lalu ada seorang dari Yaman datang mencari mu. Tapi dia tidak dapat menunggun sebab ibunya sedang menunggunya di rumah". jawab Aisya R.a

 "kalau kamu semua ingin berjumpa dengannya, perhatikan tanda putih pada telapak tangannya" kata Rasulullah Saw pada para sahabatnya.

 Uwais tidak pernah bertemu Rasulullah sehinga Rasulullah Saw wafat.

 Selepas beberapa tahun kemudiaan, Uwais meninggal dunia. Semasa meninggal, ramai orang yang datang untuk menguruskan jenazah Uwais. Penduduk yang hadir ketika itu, kehairanan, kenapa tiba-tiba banyak orang yang tidak dikenali berebut-rebut untuk memandikan, solatkan dan menghantar jenazah Uwais ke kuburan.

Siapa orang itu? ada yang menyatakan ia adalah jelmaan para malaikat yang turun ke bumi untuk menguruskan jenazah Uwais. Uwais adalah seorang yang begitu mulia di sisi Allah dan para penghuni malaikat di langit, Kerana sikap yang baik pada ibunya. Uwais sangat terkenal di langit walau pun tidak dikenali di bumi.

Cancel

Terima Kasih atas comment anda