-->

Persoalan Menarik Mengenai Ikan Pirana (7 Gambar)

 

Persoalan menarik mengenai ikan pirana yang mungkin anda tidak pernah ketahui. Kita tahu ikan pirana mempunyai gigi yang tajam dan boleh membunvh dengan cepat, seperti mana kita iihat dalam sebuah filem ikan pirana.


sumber gambar


Pada tahun 1978, sebuah filem bertajuk Piranha telah ditayangkan, dan filem ini menjadi perkenalan mengenai ikan pirana. Dalam filem tersebut ikan pirana berwara terang dan menyerang apa saja yang ada dihadapannya. Yang lagi hebatnya, air yang sebelumnya jernih bertukar menjadi merah akibat serangan ikan pirana. hebat bukan!


Mungkin Anda Berminat : Haiwan Saiz Besar (11 Gambar)


Antara persoalan yang menarik mengenai ikan pirana adalah seperti berikut :


1. Ikan Pirana Mampu Makan Seekor Lembu Dalam Berberapa Minit Sahaja.


sumber gambar


Perkara ini pernah terjadi, seekor lembu yang sudah mavt telah dimakan oleh ikan pirana dalam masa beberapa minat sahaja. Dan ia disaksikan oleh Theodore Roosevelt, pada ketika itu penduduk yang tinggal di kawasan sungai Amazon semamangnya memelihara lembu sebagai sumber pendapatan.


Lembu yang mvti akan dibuang ke sungai Amazon sebagai hidangan makanan ikan pirana. Walaupun mengambil masa beberapa minat untuk menghabiskan seekor lembu, ianya bergantung pada keadaan ikan pirana tersebut, antaranya ikan pirana dikawasan tersebut semestinya sangat lapar (tidak makan beberapa hari) dan bilangan ikan pirana yang sangat banyak.


2. Bolehkah Ikan Pirana Makan Apa Saja Dihadapannya?


sumber gambar


Sebenarnya ikan pirana tidak akan menyerang sekiranya mereka tidak diganggu, dan juga ikan pirana takut pada mereka (mangsa) yang lebih besar saiznya daripada mereka (ikan pirana). Tetapi sekirannya ikan pirana ini terasa terancam, kemungkinan ikan pirana ini akan cuba menyerang dengan beberapa serangan sahaja. 


Dan sekirannya serangan mereka berjaya membuat mangsa terluka dan bau darah telah merebak ke seluruh kawasan, ia akan menjadi hidangan makanan bagi ikan pirana tersebut. Dalam hal ini, anda boleh lihat di akhir post, terdapat video mengenai serangan ikan pirana.


3. Gigi Ikan Pirana Lebih Kuat dari Buaya 


sumber gambar


Nama ikan pirana asalnya dari suku kaum Brazil iaitu Tupi Indian yang dipanggil sebagai Piranha. Bermaksud "Pira" bermaksud ikan, sementara "ranha" bermaksud gigi. Jadi, ikan piranha adalah ikan bergigi. 


Kita tahu, ikan pirana mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat, menurut kajian terhadap ikan pirana, mereka mendapati kekuatan gigitan ikan pirana boleh mencapai sehingga 320 newton. Ini bermaksud kekuatan gigitan pirana ini lebih 3 kali kuatnya daripada buaya.


Walaupun gigi ikan pirana tidak sebenar mana, lebih kurang 4 milimeter sahaja, tetapi rahang ikan pirana ini sangat kuat. Apabila ikan piranan ini mengigit mangsa, ikan ini akan merobek dangai dalam satu pergerakan tanpa mengunyahnya, terus masuk ke perut.


Perbuatan ini bagi seekor ikan pirana, cuba bayangkan terdapat ratusan ikan pirana yang akan melakukan benda yang sama pada mangsa, habis! Itu sebablah ikan pirana ini memburu atau menyerang secara berkumpulan, cepat, mudah dan senang.


4. Ikan Pirana Makan Mangsa Yang Sudah Mvti


sumber gambar


Tidak semestinya, makanan bagi ikan pirana sebenarnya adalah udang, ikan atau mangsa yang kecil sedikit dari saiz ikan pirana. Ikan pirana juga akan makan mangsanya yang lebih besar darinya sekiranya mangsa tersebut telah mvti, contohnya lembu, kambing, burung atau apa saja termasuklah manusia.


5. Berapa Lama Diperlukan Ikan Pirana Untuk Menghabiskan Daging seorang Manusia?




Untuk soalan ini, ianya bergantung pada keadaan ikan pirana tersebut. Seperti mana ikan pirana makan seekor lembu. Namun begitu menurut pekerja di  Akuarium Nasional di Baltimore iaitu Ray Owczarzak, jika bilangan ikan pirana itu 300 hingga 500 ekor dalam satu kolam, mereka hanya memerlukan 5 minit sahaja untuk menghabiskannya.-sumber


6. Adakah Kita Akan Selamat Sekiranya Memasuki Kolam/Sungai Yang Mempunyai Ikan Pirana? 




Anda boleh selamat dengan syarat seperti berikut :


  • Ikan pirana dalam keadaan tidak lapar.
  • Anda tidak mengalami luka berdarah.
  • Anda tidak menganggu ikan pirana semasa berada di kolam.

Insy Allah 3 perkara ini boleh menyelamatkan anda daripada menjadi habuan ikan pirana.


Cancel

Terima Kasih atas comment anda