-->

Fotografik Yang Menarik Oleh Abbey Burns Tucker (13 Gambar)


Fotografik yang menarik kali ini di hasilkan oleh Abbey Burns Tucker, yang mana beliau telah memuat naik gambar anak-anaknya di laman facebook yang sedang berseronok di atas jalan raya (konkrit). Gambar yang dimuat naik oleh beliau telah dikongsikan berpuluh-puluh orang dan beratus orang yang komen pada gambar tersebut.

Lihat bertapa sukanya anak Abbey bermain.

Kisah ini bermula apabila Abbey Burns Tucker melukis sebuah belon dengan menggunakan warna krayon kapur di sebuah jalan raya yang berdekatan dengan rumah mereka. 

Krayon adalah suatu bahan biasanya berbentuk seperti pensil yang diperbuat daripada lilin, arang, kapur, atau bahan-bahan lain untuk digunakan dalam penulisan, pewarnaan, dan lukisan.-sumber
Abbey Burns Tucker seorang yang sangat suka dengan fotografik, terutamanya mengambil gambar anaknya yang berusia 2 hingga 13 tahun. Tucker pada mulanya hanya (suka-suka) melukis belon di jalan raya sebagai latar belakang gambar anaknya.  


Menurut Tucker, setiap hari mereka akan keluar dari rumah untuk melukis lukisan yang berbeza-beza sebagai latar belakang gambar anaknya. Idea bagi lukisan ini berdasarkan imagnasi Tucker, dengan membayangkan "apa perasaannya bila berada tempat tersebut.
Bukan mudah untuk melukis lukisaan di atas jalan raya, mereka terpaksa mengambil masa 1 hingga 2 jam untuk menyiapkannya. Namun begitu, proses bagi fotografik itu sendiri lebih sukar dibuat daripada melukis di atas jalan raya, ini kerana untuk mengambil gambar yang menarik, anaknya perlu berkerjasama dengan ibunya.-sumber
Gambar di bawah adalah hasil fotografik Abbey Burns Tucker bersama anaknya, yang berlatarbelakangkan lukisan yang menarik di facebook beliau.-sumber











2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda