-->

14 Gambar Ikan Bayan Yang Wow

 

Ini adalah gambar Ikan Bayan yang diperoleh dari pelbagai sumber, terdapat pelbagai jenis gambar ikan bayan termasuk spesies ikan bayan. Untuk malkumat anda ikan bayan adalah ikan yang dikenali sebagai "Parrotfishes" atau nama saintifik Scaridae. Ikan bayan merupakan ikan yang hidup di laut dan terdiri dari kumpulan herbivora iaitu makhluk hidup yang memakan tumbuhan. 


Gambar di bawah ini adalah gambar ikan bayan dengan spesiesnya,


1. Blue Parrotfish


Ikan bayan iaitu Parrotfish biru boleh ditemui di terumbu karang di air cetek di bahagian tropika dan subtropika di Lautan Atlantik barat dan Laut Caribbean.

Sumber


Sumber

Sumber



Mungkin Anda Berminat Dengan Haiwan Saiz Besar (11 Gambar)



2. Rainbow Parrotfish


Parrotfish pelangi adalah spesies ikan dalam keluarga Scaridae. Ikan yang berwarna-warni dan menjadi tarikan para pelancong.

Sumber

Sumber


3. Stoplight Parrotfish


Parrotfish stoplight adalah spesies ikan dari keluarga Scaridae, ikan ini biasanya berada di terumbu karang di Florida, Laut Caribbean, Teluk Mexico, Bermuda dan Brazil. 


Sumber

Sumber

Sumber


4. Knobsnout Parrotfish


Parrotfish knobsnout adalah spesies ikan bayan yang terkenal dengan ciri warna birunya.  Dan biasanya ikan ini mampu membesar sehingga 90 cm.


Sumber

Sumber


5. Calotomus Japonicus


Calotomus japonicus, yang lazimnya dikenali sebagai burung lumba-lumba Jepun, ia adalah spesies parrotfish yang terdapat di seluruh barat laut Pasifik.


Sumber

Sumber


6. Sparisoma Cretense


Sparisoma Cretense adalah nama saintifiknya, biasanya ia dikenali sebagai Parrotfish Mediterranean dan boleh dijumpai di pantai berbatu di Mediterranean dan Atlantik timur, Portugal. Ikan ini juga sangat jarang ditemui, sangat bertualah sekirannya anda menjumpainya.


Sumber

Sumber



Kenapa Ikan Bayan Sangat Penting?


Ini kerana ikan Bayan kini diancam kepupusan berikutan dengan bilangannya yang semakin berkurangan. Ikan bayan sangat penting terutamanya dalam ekosistem terumbu karang. Menurut kajian, ikan bayan ini akan memakan alga dan terumbu karang yang telah mati di dasar lautan. Setiap hari ikan ini akan menghabiskan 90% masa mereka untuk mengunyah makan tersebut.



Dengan bentuk mulut yang bermuncung dan gigi yang khusus, ikan bayan ini akan memakan parasit yang tumbuh di batu karang yang hidup serta makan makanan yang lain seperti rumpai laut. Secara tida langsung ikan bayan ini dapat membersihkan terumbu karang yang masih hidup.


Terumbu karang yang bersih dari alga akan lebih kuat dan bertahan lama walaupun menghadapai perubahan suhu air, polasi atau kondisi air yang keruh. Tetapi sekirannya ikan bayan ini berkurangan maka kemungkinan batu karang di lautan akan mati, dan kematian batu karang ini akan merosakan ekosistem karang dan menjejaskan ekosostem laut itu sendiri.


Selain itu, ikan bayan ini juga akan mengeluarkan kotoran yang berupa pasir putih yang halus selepas mereka makan. Menurut kajian, setiap ekor ikan bayan dewasa akan mengeluarkan kotoran berupa pasih putih yang halus sehingga 450 Kg setiap tahun, banyak tu!!



Mungkin anda perlah melihat keindahan  di persisiran pantai, laut yang bersih dan jernih hingga nampak ke dasarnya, ini semua adalah hasil kerja ikan bayam tau! Disamping itu juga, ikan spesis lain akan semakin banyak dan tinggal di terumbu karang yang sihat. Maka tidak langsung ikan bayan dapat meningkatkan mata pencarian bagi nelayan dan menggalakan aktiviti lain yang mampun menjana pendapatan manusia.



Nampak tak kesan ikan bayan terhadap ekosistem laut dan ekonomi kita, jadi silalah hentikan penangkapan ikan bayan dan memakannya, dan jangan lagi membeli ikan ini di pasar atau pun di pasaraya. Kita perlu melakukannya demi alam sekita yang sihat dan generasi akan datang.  -Sumber


Mungkin Anda Berminat Dengan Gambar Lawak 14 (13 Gambar)




1 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda