-->

8 Selebriti Hollywood Yang Mempunyai kekurangan

 

Setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangan, terutamanya bahagian fizikal. Dan admin baru tahu ada juga artis hollywood yang mempunyai kekurangan. Nak tahu? lihat senarai di bawah ini, oohsenyum telah menyenarikan 8 selebriti hollywood yang mempunyai kekurangan, yang mungkin anda tidak tahu.




8. LeBron James



Sumber Gambar



Siapa Lebron James? beliau adalah salah seorang atlet bola keranjang yang terbaik dan terkenal di dunia. Beliau juga berlakon dalam filem Space Jam: A New Legacy 2021. Berbalik dengan kekurangan Lebron Jame ini, lihat pada kakinya. Pelik bukan! lihat pada jari kaki kelingking, sangat kecil daripada jari kaki yang lain.


Kemungkin besar jari kakinya seperti itu disebabkan kerap memakai kasut yang ketat. Lebrom James kan seorang atlet bola keranjang, sememangnya sentiasa memakai kasut yang ketat. Ini hanya lah kemungkinan, walau begitu setiapa orang ada saja kekurangannya kan.



Berminat? Klik Sini 5 Kisah Selebriti Yang Anda Tidak Pernah Tahu


7. Tina Fey


Sumber Gambar

Nama sebenar beliau adalah Elizabeth Stamatina atau "Tina Fey, seorang pelakon, pelawak, penulis, dan penerbit. Lahir di Amerika Syarikat. Tina Fey sangat terkenal dengan hasil lakonannya, antara filem yang Tina bintangi ialah Mean Girls 2004, Sisters 2015, Date Night 2010 dan banyak lagi.


Sumber Gambar


Jadi apa kekuarang Tina Fey ini? itu pengetahun anda, pada masa Tina kecil dahulu, dia pernah diserang oleh seorang lelaki yang bersenjatakan pisau. Lelaki tersebut cuba memotong pipi Tina dengan pisau dan akhirnya kesan luka tersebut kekal sehingga kini. Tina Fey tidak akan dapat melupakan peristiwa tersebut sampai bila-bila.



6. Tom Hardy


Sumber Gambar


Nama penuhnya ialah Edward Thomas dan lebih dikenali sebagai "Tom Hardy. Tom Hardy juga seorang pelakon, penulis skrip dan penerbit. Antara filem yang popular, yang dilakoankan oleh beliau ialah Venom 2018, dan bakal menyusul filem Venom yang terbaru pada tahun ini iaitu Venom: Let There Be Carnage.


Sumber Gambar

Tom mempunyai satu kekurangan di badannya iaitu kecacatan ada pada jari kelingking kanannya. Menurut Tom Hardy jari kelingkingnya bengkok disebabkan kemalangan kecil semasa dia berada didapur. Waktu tu Tom Hardy masih mudah lagi, dan dia buat keputusan untuk tidak membentukan semula jari kelingkingnya. Akhirnya Tom Hardy memiliki kecacatan kekal pada jarinya, namun ia tidak menghalang Tom Hardy untuk terus berlakon.

 


5. Megan Fox


Sumber Gambar

Siapa tak kenal ini, Megan Denise Fox seorang pelakon Amerika Syarikat yang terkenal dengan filem lakonannya iaitu Transformers 2007, Teenage Mutant Ninja Turtles 2014, dan yang terbaru Midnight In The Switchgrass 2021. Megan Fox kini berusia 35 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Walaupun Megan Fox mempunyai anak namun beliau masih lagi kelihatan menarik dan cantik, betul tak?


Sumber Gambar

Ok berbalik pada kekurangan. Secantik-cantik Megan Fox ini, pasti ada kekurangannya ia tak?. Lihat pada ibu jari tangan Megan Fox, Megan mempunyai kecacatan yang dikenali sebagai kecacatan jenis-D brachydactyly. Di mana hujung tulang ibu jari tidak tumbuh dengan betul manakala jarinya tumbuh secara lebar, itulah D Brachydactyly. Ala...kekurangan kecil je pun....kan.



4. Ashton Kutcher




Nama beliau ialah Christopher Ashton Kutcher, merupakan seorang pelakon dan penerbit di Amerika Syarikat. Ashton terkenal dengan laknannya yang memegang watak Michael Kelso di rancangan terbitan FOX That '70s Show. Selain itu, Ashton juga telah menerbitkan rancangan yang dikenali sebagai MTV Punk'd. Kini Ashton telah berkahwin dengan artis juga iaitu Mila Kunis dan mempunyai dua orang anak. 



Sumber Gambar

Apa yang menariknya Ashton Kutcher ini, dia berani berkongsi dengan media sosial mengenai jari pada kakinya. Ashton Kutcher memiliki jari kaki yang melekat antara dua jari, rujuk pada gambar di atas. Jari kakinya ini terbentuk sejak lahir lagi, menarik bukan.



Berminat? Klik Sini 7 Gambar Yang Anda Tidak Pernah Lihat



3.  Jonah Hill



Jonah Hill Feldstein atau lebih dikenali sebagai Jonah Hill, seorang pelakon Amerika, penulis, penerbit dan pelawak. Beliau lahir pada 20 Disember 1983 dan kini umur beliau 37 tahun. Antara filem yang beliau ikut sertai ialah Richard Jewell 2019, 22 Jump Street 2014, dan yang bakal ditayangkan Don t Look Up 2021.


Sumber Gambar

Lihat pada tangan kanan Jonah Hill, nampak tak? itu adalah kesan kemalangan kereta pada zaman muda beliau. Mujur doktor berjaya merawatnya, walaupun berjaya dirawat, ia meninggalkan bekas luka yang tidak akan dilupakan oleh Jonah Hill.



2. Michael K. Williams 





Michael Kenneth Williams adalah pelakon Amerika. Beliau melakonkan Omar Little dalam drama bersiri HBO The Wire dan Albert "Chalky" White di siri HBO Boardwalk Empire. Beliau juga terkenal dengan perannya sebagai Jack Gee, suami Bessie Smith, dalam biopik telefilem HBO Bessie. 


Lahirpada 22 November 1966 di Flatbush, Bandar Raya New York,  Amerika Syarikat. Antara movie yang beliau sertai ialah Snitch 2013, dan terbaru Body Brokers 2021.


Sumber Gambar


Kisah disebalik parut Williams juga cukup mengerikan. Dia dipotxng dengan pisau cukur semasa pertarungan bar pada hari ulang tahunnya yang ke-25. Keadaan Williams ketika itu hampir mxti akibat kecederaannya.




1. Denzel Washington





Siapa tak kenal Denzel Washington atau nama penuhnya Denzel Hayes Washington Jr. yang lahir pada 28 Disember 1954. Beliau adalah seorang pelakon, pengarah, dan penerbit di Amerika Syarikat. Beliau juga telah menerima tiga Anugerah Golden Globe, Anugerah Tony, dan dua Anugerah Akademi: Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem drama perang sejarah Glory pada tahun 1989 dan Pelakon Terbaik kerana peranannya sebagai polis korup dalam filem Training Day pada tahun 2001.


Hebat juga Denzel Washington ini, antara filem yang popular beliau lakonkan ialah The Equalizer 2014, Flight 2012, dan terbaru The Little Things 2021. Dari luar, Denzel kelihatan seperti lelaki biasa pada umumnya. Tunggu sehingga anda melihat jari di tangan kanannya.


Sumber Gambar


Jari kelingking kanan Denzel tidak lurus seperti orang biasa, jarinya bengkok. Menurut Denzel, jari kelingkingnya bengkok  disebabkan dia bermain bola sepak Amerika ketika kecil dahulu. Walaupun selepas menjalani rawatan, jari kelingking kanannya tetapi dalam keadaan bengkok. 




2 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda