Kisah Inspirasi : Kecantikan Seorang Gadis Yang Berusia 11 Tahun



Kisah Inspirasi kali ini berlaku di negara Rusia, seorang gadis berusia 11 tahun, menjadi trending di media sosial baru-baru ini kerana mempunyai kecantikan yang luar biasa. Walaupun dia mempunyai penyakit kulit yang dikenali sebagai Albino, tetapi dia tetap kelihatan cantik terutamanya dibahagian matanya.


Gadis cantik ini dikenali sebagai Amina Ependieva, berasal dari negara Russia. Bagaimana Amina Ependieva ini menjadi trending? Kisah ini bermula dari seorang jurugambar (fotografi) yang dikenali sebagai Amina Arsakova. 

Di laman instagram Arsakova atau lebih dikenali sebagai @aminaarsakova telah memuat naik beberapa kepingan gambar seorang gadis iaitu Amin Ependieva.


Kebiasaannya gambar yang dimuat naik Arsakova ini akan mendapat like lebih kurang 1,000 like sahaja. Tetapi kali ini dia mendapat lebih 10,000 like dan beratus-ratus komen di akaun beliau.

Menurut laman SM News Rusia, Amin Ependieva  adalah seorang gadis yang berasal dari Kurchaloy, iaitu sebuah pekan kecil di Chechnya. Gadis yang memiliki kecantikan yang menakjubkan ini disebabkan oleh hasil gabungan genetik iaitu albinisme dan heterokromia.

Albinisme atau albino adalah gangguan genetik iaitu pengurangan pengeluaran melanin (pigmen yang memberi warna pada kulit, rambut dan mata) secara keseluruhan atau sebahagian dari tubuh badan.-sumber
Manakalah  Heterokromia adalah perbezaan warna pada kedua iris mata manusia. Seseorang yang mempunyai dua mata berwarna berbeza sangat jarang berlaku. Heterokromia juga ditafsirkan sebagai ciri umum gangguan keturunan genetik.-sumber


Walaupun gambar Amin Ependieva ini mendapat pujian orang ramai, namun ada juga yang mengatakan bahawa gambar ini telah diubah suai menggunakan photoshop terutamanya dibahagian matanya.


Amat sukar untuk membukitkan wajah Amin Ependieva yang sebenar, ini kerana gadis cantik ini tidak mempunyai akaun di mana-mana media sosial. Namun begitu, ada netizen yang mengaku mengenal Ependieva, dan menyatakan bahawa wajah Amin Ependieva sebenar lebih cantik dari gambar tersebut.-sumber
Gambar di bawah adalah gambar Amin Ependieva, yang telah dimuat naik di laman instagram oleh seorang jurugambar yang dikenali @aminaarsakova.







Klik Untuk Post Terkini

3 Comments

Cancel

Terima Kasih atas comment anda