Ini adalah kapal terbang paling besar di dunia, macam mana besar? 2 kali ganda dari besar kapal terbang biasa. Sangat-sangat besar, dan tujuaan kapal terbang yang besar ini adalah tidak lain tidak bukan untuk membawa barang yang lebih besar. Seperti gambar di bawah ini, besar giler...
![]() |
Sumber gambar @futoichi.s |
Di bawah ini, ooh-senyum menyediahkan 5 jenis kapal terbang paling besar di dunia. Sebenarnnya ada banyak lagi jenis kapal terbang yang besar, tapi ini kira top 5 lah. Ok jangan lupa share tau...
1. Kapal Terbang Paling Besar Di Dunia iaitu Antonov An-225 Mriya
![]() |
Sumber gambar @antonovairlines |
Antonov An-225 Mriya adalah kapal terbang kargo pengangkut udara yang strategik, dibuat oleh Biro Reka Bentuk Antonov di SSR Ukraine dalam Kesatuan Soviet pada tahun 1980-an. Memiliki kuasa enam enjin turbofan dan merupakan kapal terbang terberat yang pernah dibina, dengan berat lebih kurang 285,000 kilogram. Manakala panjang kapal terbang ini iaitu 84 meter, dan kelajuan tertinggi oleh dicapai kapal terbang ini ialah lebih 850 km/J.
Mungkin Anda Berminat Dengan Kereta Terbesar Dalam Sejarah Dunia (9 Gambar)
![]() |
Sumber gambar @antonovairlines |
Untuk pengetahun anda, kapal terbang Antonov An-225 Mriya ini, pernah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada tahun 2018. Pesawat kargo gergasi Ukraine ini sudah tidak asing bagi KLIA kerana ia pernah mendarat dua kali iaitu pada tahun 2007 dan 2016 sebagai pesawat pengangkut barangan komersial.
![]() |
Sumber gambar @antonovairlines |
Inilah antara contoh hasil daripada teknologi yang dimiliki Ukraine. Ia menunjukkan bahawa dalam sesetengah bidang seperti aeroangkasa dan pembinaan kapal terbang, Ukraine menjadi antara peneraju di dunia.-sumber
2. Kapal Terbang Paling Besar Di Dunia iaitu Aero Spacelines Super Guppy
![]() |
Sumber @eaa |
![]() |
Sumber @eaa |
Aero Spacelines Super Guppy adalah kapal terbang kargo yang besar dan lebar. Kapal terbang ini dibuat bertujuan untuk digunakan sebagai pengakutan komponen kargo. Untuk pengetahuan anda, kapal terbang Super Guppy ini dibina dari kapal terbang yang diambil dari Boeing C-97 Stratofreighter, yang pertama kali terbang pada tahun 1965.
![]() |
Sumber @eaa |
![]() |
Sumber @eaa |
![]() |
Sumber @eaa |
Guppy adalah salah satu kapal terbang yang digunakan oleh NASA untuk memindahkan sebahagian kapal angkasa ringan dan besar mereka dari California ke Florida. Operasi pertama kapal terbang ini pada tahun 1960-an. Kepal terbang Super Guppy ini mampu terbang dengan kelajuaan tertinggi iaitu 463 KM/J.
3. Kapal Terbang Paling Besar Di Dunia iaitu C-5 Galaxy (Lockheed C-5 Galaxy)
![]() |
Sumber @dkunicki |
Kapal terbang Lockheed C-5 Galaxy adalah sebuah kapal terbang yang bertujuan untuk mengangkut tentera. Kapal terbang C-5 Galaxy ini mampu membawa muatan hamir 135 tan dan menjadi kapal terbang yang terbesar dikendalikan oleh tentera Amerika Syarikat.
![]() |
Sumber @dkunicki |
![]() |
Sumber @dkunicki |
Untuk pengetahuan anda, kapal terbang C-5 ini memiliki ruang kargo yang cukup besar. Contohnya kapal terbang c-5 ini mampu membawa dua buah kereta kebal yang dikeluarkan oleh Amerika Syarika iaitu M1 Abrams,16 jenis kereta Humvees, dan pelbagai kenderaan lain. Hebat bukan...
4. Kapal Terbang Paling Besar Di Dunia iaitu Boeing 747 Dreamlifter
![]() |
Sumber @eri70k |
The Boeing 747 Dreamlifter, juga dikenal sebagai Boeing 747-400 Large Cargo Freighter, ia adalah kapal terbang kargo yang berbadan lebar dan diubahsuai menjadi lebih luas. Dengan itu, kapal terbang Dreamlifte mampu membawa 3 kali ganda barangan berbanding kapal terbang biasa 747-400F.
Mungkin Anda Berminat Dengan 11 Gambar Fakta Pelik Tapi Benar Di Seluruh Dunia
![]() |
Sumber @eri70k |
![]() |
Sumber @eri70k |
Kapal terbang boeing ini mula dicipta pada tahun 2000-an, dimana mereka mendapati kapa terbang boeing 787 memerlukan ruang simpanan yang lebih besar untuk mengangkut barangan. Dengan itu, mereka membina kapal terbang berdasarkan boeing 747 dan 787, dan ditambah sedikit ruang kapal terbang tersebut.
5. Kapal Terbang Paling Besar Di Dunia iaitu Antonov An-124 Ruslan
![]() |
Sumber @inna.aviastixiya |
Antonov An-124 dengan Antonov An-225 bukan sama kah? tidak sama, sangat berbeza. Cuma kedua-dua kapal terbang ini dibina oleh pihak yang sama iaitu Antonov di SSR Ukraine. Kapal terbang An-124 Ruslan ini dikendalikan oleh pihak tentera udara Russia, dan menjadi kapal terbang tentera yang terbesar di dunia.
![]() |
Sumber @paulscotman20 |
![]() |
Sumber @paulscotman20 |
Kapal terbang An 124-Ruslan mulai diperkenalkan pada tahun 1984. Panjang kapal terbang ini lebih kurang 69 meter dan mampu terbang dengan kelajuan 865 KM/J. Manakala kos membuat kapal terbang ini adalah 70 juta hingga 100 juta dollar.
1 Comments
Terima Kasih atas comment anda